berita

[VIDEO] Cikgu Sekolah Rupanya Yang Viral ‘Merempit’ Atas Jambatan Pulau Pinang…

February 28th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sejak semalam viral satu video berdurasi 45 saat memaparkan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi iaitu lebih 280 kilometer sejam (km/j).

Tindakan berbahaya itu telah mendapat pelbagai respon dan kritikan daripada netizen.

Guru buat ‘wheelie’

Berikutan daripada video viral, pihak polis akhirnya berjaya mengenal pasti nombor pendaftaran dan mengesan salah seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.

Difahamkan, individu tersebut merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Video (itu) kali pertama dikesan telah dimuat naik di (laman sosial) Instagram pada 13 Disember 2021 dan suspek yang memuat naik video dikesan berada di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, pihak polis telah menghubungi suspek dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan. Namun sehingga semalam, tiada tangkapan dibuat terhadap suspek.

Video

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×