berita

[VIDEO] Kanak-Kanak 10 Tahun Nekad Keluar Tingkap Selepas Dimarah Guna Telefon Bimbit

October 7th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Menurut Kajian Statistik Internet Dunia (Internet World Stats), hampir 78.8 peratus mengalami ketagihan serius penggunaan internet di negara ini terutama sekali kanak-kanak. Ketagihan ini sangat membahayakan berikutan ianya memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang.

Seperti yang dikongsikan kali ini apabila seorang kanak-kanak berusia 10 tahun nekad keluar melalui tingkap rumah. Kejadian ini berlaku selepas kanak-kanak ini bergaduh dengan ibu kerana penggunaan telefon bimbit.

Merajuk ke luar tingkap rumah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad keluar melalui tingkap rumah dan duduk dibelabas seluas 0.6meter, tingkat 19 selepas bergaduh dengan ibu kerana penggunaan telefon. Kejadian ini berlaku di Apartment Season, Johor Bahru petang tadi.

Dalam kejadian itu, pihak Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin menerima panggilan pada jam 4.10 minit berhubung kes kanak-kanak perempuan berada diluar bangunan tingkat 19.

Berjaya memujuk kanak-kanak tersebut selepas 15 minit

(sekadar gambar hiasan)

Sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil langkah bagi menghadapi kemungkinan kanak-kanak berkenaan terjun. Pasukan penyelamat turut menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan kusyen angin di tingkat bawah.

Selepas 15 minit usaha memujuk dilakukan, akhirnya mangsa menghulurkan tangan dan masuk semula ke dalam rumah. Mangsa kemudiannya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Respon netizen

Sumber : Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see