berita

[VIDEO] Khairul Aming Tunai Umrah, ‘Outfit’ Bersahaja Di ‘Airport’ Raih Pujian Netizen – ‘Tak Ada Pun Pakai Barangan Berjenama’

April 24th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Khairul Aming dikhabarkan telah pun berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah pada Selasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tutup Kilang, Bawa 100 Staf Beli Persiapan Raya! Siap Bagi Bonus RM5,000?

‘Outfit’ bersahaja

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)

Berita gembira itu dikongsikan sendiri rakan baik kepada Khairul yang juga merupakan pempengaruh terkenal, Azfar Heri.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Azfar yang menemani Khairul dilihat berpelukan dengan rakannya itu di lapangan terbang.

Azfar juga mendoakan agar Khairul memperoleh umrah yang mabrur sepanjang berada di sana.

Namun, pemilik jenama ‘Dendeng Nyet Berapi’ itu mencuri perhatian apabila mengenakan ‘outfit’ yang bersahaja ketika mahu berangkat ke Makkah.

Penampilannya itu meraih perhatian dan pujian wargamaya yang beranggapan Khairul merupakan seorang yang merendah diri meskipun bergelar jutawan.

Komen netizen

Sumber: Instagaram Azfar Heri

SKIP THIS AD ×