berita

Kongsi Video Menari Di Tiktok, Netizen Samakan Dafi Macam Lee Kwang Soo

April 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi yang lahir dari sebuah program realiti popular, Dafi banyak berkongsi video ‘cover dance’ di akaun TikTok miliknya.

Artikel Berkaitan: Nafi Dapat Berlakon Sebab Status Anak PM, Dafi Tak Tolak Jika Dapat Layanan Istimewa – ‘Yang Penting Saya Tak Minta Tawaran Ini’

Artikel Berkaitan: Luah Rasa Sayang Dekat Papa Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Netizen Usik Dafi Bila Nak Bawa Balik Isteri?

Video tarian

Terbaharu, pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri, memuat naik sebuah lagi video tarian dengan berlatarbelakangkan lagu remix ‘ Give It To Me x Say It Right’ nyanyian Nelly Fortado, Justin Timberlake dan Timbaland.

Satu lagi video tarian, ya tahu lidah dengan muka kemut itu. Terima seadanya dulu okay. Video seterusnya kita kawal lagi ‘peng-ULAR-an’ itu.

‘Macam Kwang Soo’

Bagaimanapun perkongsian penyanyi berusia 34 tahun itu mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada warganet, malah ada yang menyamakan tariannya itu seperti pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Kwang Soo.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mengkritik tarian Dafi itu masih ‘keras’ dan perlu berlatih lagi.

@dafiismailsabri

Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu… terima seadanya dulu k…next video kita kawal peng-ULAR- an itu. ????? #SebelumKenaCarutBetterCarutDiriSendiriDulu #giveittomexsayitright #giveittome #sayitright #dance #BroCuba

? Give it to me x Say It Right – Kuya Magik

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×