berita

[VIDEO] ‘Korang Tak Pandai Masak, Janganlah Meniaga’ – Lelaki Patah Gigi Makan Popia Liat Dibeli Dari Bazar Ramadan?

March 15th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Di TikTok, seorang lelaki telah meraih perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman patah gigi didakwa selepas makan popiah liat yang dibeli dari bazar ramadan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mat Salleh’ Buat Konten Kupas Kelapa Guna Gigi, Sudahnya Kena Rawat Di Klinik

Siap genu lesung batu

@ejueju.okodoko rm 8 empat ketul include SST #eju #ejueju ? original sound – ejueju.okodoko

Menerusi hantaran yang dimuat naik, lelaki yang menggunakan nama @ejueju.okodoko memaklumkan dirinya telah membeli popia sira berkenaan dengan harga RM8.00 sebagai juadah untuk berbuka puasa.

Namun, dia mendakwa tekstur popia yang dibelinya itu sangat liat untuk digigit sehingga menyebabkan giginya patah.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan kemudiannya menggunakan lesung batu untuk membuktikan kepada para ‘viewers’ betapa liatnya kulit popiah yang dibelinya itu.

Korang ini meniaga macam mana? Kalau tak tahu masak, tak payahlah meniaga.

Tengok ini gigi aku, patah sebab gigit kulit popiah ini.

Aku tunjuk ini bukanlah nak sabotaj tapi inilah realitinya. Sengsara tau gigi aku patah.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan lelaki berkenaan yang kehilangan sebatang gigi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat makanan tersebut juga dijual dengan harga yang tidak masuk akal sekiranya kualiti begitu yang diberikan kepada pelanggan.

Komen netizen

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×