berita

[VIDEO] Lebih 18 Tahun Bawa Artis Malaysia Ke Singapura, Roslan Shah Tak Sangka Insiden Menimpa Kamal Adli Boleh Terjadi

March 15th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan! pengacara, Roslan Shah, 51, memaklumkan ada pengawal keselamatan bertugas di lokasi kejadian tatkala pelakon, Kamal Adli diserang seorang individu ketika berada di Singapura, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Roslan Shah Dedah Uqasha Senrose, Kamal Adli Pernah Terima Mesej Ugutan Pada Hari Perkahwinan

Artikel berkaitan: Wajah Nampak Ganas & Menakutkan, Balkisyh Sempat Tarik & Jerit Dekat Uqasha Jangan Dekati Suspek

Artikel berkaitan: ‘Thank You Abang Aaron, Dia None Stop Call Semalam & Pastikan Kami Selamat’

Artikel berkaitan: ‘Salam Uqasha, Kalau Free Call Abang Ye’ – Aaron Aziz Nafi Tunjuk Pandai, Cuma Mahu Amankan Keadaan

Artikel berkaitan: ‘Ni Cota Besi Yang Penjenayah Pakai Libas Ke Kamal Adli’

Tidak tahu benda ini terjadi

Menurut Roslan, pengawal keselamatan berada di luar dewan ketika kejadian berlaku. Ini kerana, acara pada malam tersebut sudah hampir tamat.

Ketika kejadian, saya berada di luar dewan kemudian saya masuk tiba-tiba kejadian itu berlaku, saya nampak darah dan Uqasha menjerit dan menangis. Ramai juga rakan selebriti yang ada di sana ketika kejadian. Saya sebak dan jadi marah kerana saya yang bawa mereka ke sana.

Saya tahu ramai rakan artis yang beri kenyataan tapi bagi pihak saya tiada kerana menunggu kenyataan daripada Kamal dan Uqasha sendiri nanti di Kuala Lumpur.

Saya perlu berhati-hati dalam beri kenyataan kerana ia sangat sensitif, isu ini pihak polis masih menyiasat, kita tak boleh tokok tambah daripada pihak luar seperti netizen.

Ujar Roslan lagi, apa yang terjadi adalah pengajaran buat penganjur.

Sebenarnya pihak penganjur ada pengawal keselamatan di luar cuma kita tidak tahu benda ini terjadi.

Seumur hidup saya, saya bawa rakan artis ke sana selama lebih 18 tahun perkara ini tidak pernah terjadi. Ia satu pengajaran untuk kita beritahu kepada pihak penganjur agar lebih meningkatkan tahap keselamatan seperti ada pengawal pengiring, buat ‘double check’. Pihak wartawan Singapura pun menghubungi saya tanya.

Dalam pada itu, Roslan turut memaklumkan segala kos pasangan suami itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Pihak penganjur tidak abaikan, mereka juga membantu Kamal dan Uqasha dari segi kos rawatan. Pengangkutan pulang ke Malaysia juga ditanggung.

Saya kena bertanggungjawab, saya beri motivasi dan semangat kepada Uqasha sebab ada netizen cakap saya ini memandai-mandai, bukan. Saya cuma untuk menolong mereka seadanya. Kalau tidak, ada yang cakap saya ‘lepas tangan’ pula. Penganjur pun pergi balai polis dan bagi kata semangat. InsyaAllah isu ini akan reda.

Roslan yang ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa amal bersama Khai Bahar di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur, sebentar tadi, turut memberitahu bahawa Uqasha dan Kamal akan mengeluarkan kenyataan sendiri selepas ini.

Video

@ohbulanofficial

Kena lebih peka la lepas ni buat penganjur ?? #ohbulan #fyp #sembangentertainment #roslanshah #tak #sangka #insiden #menimpa #kamaladli

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×