berita

[VIDEO] Nak Memohon Pembiayaan Perniagaan Tapi Tak Ada Cagaran & Pinjaman Asyik Tak Lulus, Kami Kongsikan Jalan Penyelesaiannya!

August 10th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Admin yakin, ramai di antara usahawan terutamanya usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana yang menjalankan perniagaan sendiri berhadapan dengan masalah pembiayaan untuk mengekalkan atau mengembangkan perniagaan, bukan? 

Yelah, nak mengekalkan dan mengembangkan sebuah syarikat atau perniagaan memang memerlukan modal yang besar dan bukan semua mampu untuk menyediakannya. Tapi cabarannya, bila memohon untuk pembiayaan, tak luluslah pulak!

Haa..jangan pening-pening, buat usahawan di luar sana yang memerlukan pembiayaan perniagaan, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) ada berita baik untuk korang! Nak tahu apa dia? Korang kena tengok video ni lagi untuk tahu lebih lanjut ok!

Kalau korang nak tahu, SJPP telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah menguruskan pelbagai skim jaminan kerajaan serta membantu usahawan untuk mendapatkan akses pembiayaan perniagaan daripada institusi kewangan.

Skim Jaminan Kerajaan dari SJPP juga meliputi semua industri dan sektor untuk memastikan pelbagai industri mendapat manfaat antaranya ialah teknologi tinggi, pertanian, pembuatan, pelancongan, pertanian, borong, runcit, restoran, perdagangan, hotel, pembuatan, kewangan, insurans, hartanah, pembinaan, pengangkutan, penyimpanan, komunikasi dan banyak lagi!

Jadi, kalau permohonan pembiayaan perniagaan korang menghadapi masalah dan memerlukan penyelesaian kepada masalah keperluan cagaran, korang boleh layari laman web www.sjpp.com.my untuk info lebih lanjut.

SKIP THIS AD ×