berita

[VIDEO] ‘Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal’ – Anak Shuib Menangis, Sedih Diejek Kawan Sekolah

June 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pemergian penyanyi Siti Sarah pada bulan Ogos tahun lalu sememangnya meninggalkan kesan kepada orang ramai terutamanya buat Shuib sekeluarga. Selepas pemergian isteri tercinta, Shuib memainkan peranan yang sangat besar dalam membesarkan empat orang anaknya yang masih kecil.

‘Padan muka ibu dah meninggal’

Tak dinafikan, perasaan rindu paling sakit adalah rindu terhadap ibu tercinta yang merupakan individu paling banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dalam membesarkan anak-anak. Pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan mereka memang tidak dapat dibalas dengan kata-kata.

Namun ada di antara kita diuji dengan pemergian ibu tercinta dan sudah pasti akan tercetusnya rasa rindu sangat mendalam di hati anak-anak. Itulah yang dirasai oleh anak kedua pasangan pelakon Allahyarham Siti Sarah dan Shuib iaitu Dzakira Talita Zahra atau lebih mesra digelar Dekta. Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok Reena Lee, memperlihatkan Dekta sedang menangis sambil ditenangkan dalam dakapan seorang wanita.

Rupa-rupanya Dekta menangis kerana dia diejek oleh rakan sekolahnya kerana dia sudah tidak mempunyai seorang ibu lagi. Tak dapat digambarkan perasaan yang dirasai anak kecil ini apabila perkara sensitif seperti itu dijadikan bahan ejekan rakan-rakan.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 830k tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui memahami kesedihan yang dirasai Dekta. Dalam kesempatan itu, mereka juga sempat menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa supaya lebih tegas dalam membentuk sahsiah anak-anak terutamanya mengenai isu sensitif seperti ini.

Video

Komen

Sumber: Reena Lee

SKIP THIS AD ×