Lambang diraja termasuk gelaran dan anugerah kurniaan Sultan Johor hanya boeleh digunakan dengan kelulusan Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Diraja Johor. Bagi sesiapa yang menggunakan bagi tujuan peribadi adalah dilarang sama sekali.
Menerusi Instagram Tunku Idris, baginda mempersoalkan tujuan selebriti Wak Doyok yang menempah cincin dengan ukiran lambang diraja johor.
Wak Doyok boleh jelaskan?
Wak Doyok, boleh jelaskan hal ini? Ini telah melanggar undang-undang. Semoga Berjaya @carozofficial.
Menurut baginda, Wak Doyok perlu menjelaskan perkara ini kerana ianya jelas telah melanggar undang-undang. Pesalah yang menggunakan lambang diraja bagi tujuan peribadi boleh dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang.
Wak Doyok mohon maaf
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun kemajlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.
Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan.
Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja. Daulat Tuanku. Wassalaam.
Terbaru, menerusi Instagram Wak Doyok, dia telah memohon maaf atas kesilapannya yang menempah cincin berjata Johor. Menurutnya dia tidak arif mengenai batas protokol diraja. Dia kesal atas kesilapan yang tidak disengajakan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Isu ini bakal memberi pengajaran kepadanya agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan lambang kerabat diraja atas tujuan peribadi.
Boleh didenda RM500000
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri Johor, mana-mana individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah tanpa mendapat kebenaran bertulis dari DYMM Sultan Johor boleh disabitkan kesalahan. Jika bersalah individu tersebut boleh didenda tidak kurang daripada RM250000 dan tidak melebihi RM500000 atau hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun.
Sumber: Tunku Idris, Kerajaan Negeri Johor