berita

Wanita ‘Lahirkan’ 10 Bayi Kembar Dibawa Ke Hospital Psikiatri, Didakwa Palsukan Kelahiran?

June 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral kisah seorang wanita dari Cape Town, Afrika Selatan yang mendakwa dirinya telah melahirkan 10 orang bayi serentak. Berita tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian dunia kerana jarang sekali berlaku!

Artikel berkaitan: Doktor Jangka 6, Ujian Imbasan Nampak 8, Sekali 10 Bayi Keluar!

Terbaharu, wanita tersebut yang didakwa ‘memalsukan’ kelahiran 10 bayi kembarnya itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan psikiatri. Malah, kandungan 10 anak kembar tersebut difahamkan belum disahkan oleh pusat perubatan di Afrika Selatan.

Didakwa telah lahirkan 10 bayi kembar

Memetik laporan news.com.au., wanita bernama Gosiame Thamara Sithole mendakwa dirinya telah melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan melalui kaedah caesarean di sebuah hospital di Pretoria pada 7 Jun. Dia dikatakan selamat ‘bersalin’ ketika kehamilannya berusia 29 minggu dan ianya sekali gus mencipta rekod dunia.

Namun kelahiran 10 bayi kembar itu telah mengundang persoalan orang ramai lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang ‘bukti’ gambar yang menunjukkan wanita ini bersama kesemua bayinya. Berikutan daripada itu, hasil daripada siasatan mendakwa 10 bayi berkenaan tidak pernah wujud.

Dibawa untuk rawatan psikiatri

Wanita itu telah ditahan di rumah saudaranya di Johannesburg, Afrika Selatan pada Khamis lalu dan dibawa ke hospital untuk rawatan psikiatri. Difahamkan, wanita itu pernah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Pembangunan Sosial Gauteng. Menurut peguam kepada Gosiame Thamara Sithole, anak guamnya tidak diberi akses kepada pelawat di wad psikiatri di mana dia didakwa ditahan.

Laporan terkini, status kelahiran bayi kembar 10 itu masih belum sahih kerana belum mendapat liputan kenyataan rasmi media daripada pihak berkuasa.

Sumber: news.com.au.

SKIP THIS AD ×