berita

Wanita Pulangkan Cincin Pertunangan Berharga RM12k Selepas Sering Diperli Ibu, Mahu Cincin Baru RM40k!

December 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap hubungan yang terjalin sudah pastinya akan diuji dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Seperti perkongsian seorang lelaki di Reddit, meluahkan ‘kekecewaannya’ apabila dia dihina oleh bakal ibu mentuanya sendiri.

Hal ini demikian kerana, dia dikatakan membeli cincin pertunangan yang murah buat bakal isterinya. Benda boleh bincang secara baik kan?

Demand cincin mahal

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Mirror UK teman wanitanya sanggup bertindak memulangkan semula cincin pertunangan yang dibeli lelaki itu dengan harga £2,200 (kira-kira RM11,788.28). Tidak berakhir di situ, wanita itu juga meminta supaya bakal tunangnya menggantikan cincin tersebut dengan cincin lain yang berharga £7,500 (kira-kira RM40,187.30). Lagi menyedihkan apabila dia turut dihina dan digelar sebagai ‘sampah murah’. Sedih!

Pada mulanya, teman wanitanya sudah cukup gembira dengan cincin tersebut. Namun, wanita tersebut bertindak sedemikian, kerana sikap ibunya yang asyik mengkritik cincin tunang yang diterimanya. Keluarga wanita itu turut menuduh lelaki itu tidak serius dengan hubungan mereka berdua.

Susulan dengan apa yang terjadi, lelaki itu berada dalam dilema dan bertanyakan pendapat orang ramai menerusi laman Reddit (laman berkongsi pendapat) sama ada dia perlu akur akan permintaan tersebut atau sebaliknya.

Saya dan pasangan telah berbincang mengenai pertunangan ini selama setahun lebih. Saya mempunyai pekerjaan yang baik sehingga saya mampu untuk membeli cincin pertunangan yang mahal dan jika saya mengikut 10% daripada peraturan terbabit, maka saya harus mengeluarkan sekitar 10-15k.

Keluarga lebih memerlukan

Sekadar gambar hiasan

Lagi menyedihkan apabila ibu bapanya, kakak dan anak saudara disahkan menghidapi virus Covid-19 dan secara tidak langsung dia terpaksa menanggung mereka dari segi kewangan. Tidak berakhir di situ, kakaknya baru sahaja diberhentikan kerja dan tempat dia bekerja sekarang akan mengecilkan skala operasi pada tahun hadapan. Pengecilan operasi tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada 150 pekerja. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan dia lagi risau.

Tambahnya lagi, dalam waktu yang mendesak ini, dia perlu menyimpan duitnya, oleh sebab itu cincin emas putih yang berharga  £2,200 dibeli. Tidak berakhir di situ, dia turut merasakan dirinya dilayan seperti ‘sampah’ dan bakal tunangnya sama sekali tidak lagi mahu bercakap dengannya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai respon daripada pengguna laman web itu. Ada yang menyokong supaya lelaki itu menurut segala permintaan bakal tunangnya dan ada juga yang menyuruhnya menggunakan duit tersebut dengan sebaik mungkin untuk pelaburan masa hadapan.

Sumber: Mirror UK 

SKIP THIS AD ×