berita

‘Zarina Minta Muatnaik Foto Ismail Sebab Dia Tak Bayar Bil Hotel’ – Fatiya

September 3rd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini kecoh di Instagram apabila gambar mesra dua sahabat baik, Zarina Anjoulie dan Fatiya Latiff bersama penyanyi muda, Ismail Izzani tersebar. Gambar mesra tersebut menjadi perhatian selepas Fatiya memuat naik gambar tersebut di Instagram miliknya.

Artikel berkaitan: Kontroversi Foto Peluk Zarina Anjoulie, Ismail Izzani Mohon Maaf 

Menerusi Harian Metro, Fatiya Latiff menolak dakwaaan mempunyai hubungan istimewa dengan Ismail Izzani.

‘Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina’

Menerusi temubual Fatiya bersama Harian Metro, beliau menjelaskan bahawa tidak mempunyai sebarang hubungan dengan penyanyi muda tersebut.

Saya tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi Ismail Izzani seperti digosipkan itu.

Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya.

Saya memang berkawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri.

Tak kawan budak mentah

Tambahnya lagi, penyanyi Luar Biasa itu tidak memenuhi kriteria teman lelaki idamannya.
Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini.

Saya tidak menyangka akhirnya nama saya pula dikaitkan ada hubungan dengan Ismail.

Kalau saya mahu mencari pengganti sekali pun, saya tidak akan berkawan dengan budak mentah seperti Ismail.

Jika anda mahu penjelasan lebih terperinci mengenai foto mesra yang tular itu sila hubungi Zarina sendiri kerana dia boleh memberitahu perkara sebenar yang berlaku antaranya dan Ismail.

Menurut Fatiya, tujuan dia memuat naik gambar tersebut kerana Zarina mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×