berita

Payung Gambar Selepas ‘Workout’, Zizie Izette Lebih Yakin Dengan Bentuk Badan Terkini

May 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon, Zizie Izette sering mendapat perhatian ramai selepas aktres itu tampil dengan imej terkininya.

Artikel Berkaitan: Zizie Izette Cantik Macam Anak Dara

Artikel Berkaitan: Hanya Bertopi, Netizen Tanya Tudung Zizie Izzete Terbang Ke?– ‘Keluar Pula Rambut Perang, Janganlah Macam Ni’

Lebih yakin

Terbaharu, pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad, 40, sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas dia memuat naik fotonya usai melakukan senaman atau ‘workout’ bersama jurulatih peribadinya.

Menerusi hantaran tersebut, Zizie mengucapkan terima kasih kepada jurulatih berkenaan kerana berjaya membantunya memiliki bentuk badan yang diidamkan.

Malah, aktres itu akui dirinya kini lebih yakin dengan bentuk badan yang sedemikian.

Penghargaan kepada jurulatih peribadi saya @gigicouzin kerana membawa saya ke tahap ini!  Awak telah membawa saya ke peringkat seterusnya.

Bukan sahaja dalam bentuk (fizikal) yang lebih baik, tetapi saya juga berasa lebih yakin dengan diri saya sendiri.

Terima kasih atas bimbingan ke arah matlamat saya.

Reaksi netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji penampilan kakak kepada aktor Shaheizy Sam itu selain merasa ‘cemburu’ dengannya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×