berita

4 Mitos Tak Masuk Akal Dan Kelakar Untuk Mak Buyung. No 4 Tu Tak Logik Betul!

March 22nd, 2018 | by Bieha
Kini Trending

Wanita mengandung ataupun mak buyung selalu dikaitkan dengan pelbagai pantang larang. Sekejap, makcik ni bagi petua, lepas tu, kakak ni pulak bagi nasihat.

Jangan buat itulah, jangan makan inilah. Pening jugak kadang-kadang dengar tapi tak salah kalau kita fikir dari sudut positif. Anggap jelah orang sekeliling sayang dan concern dengan kandungan kita kan.

Tapi dalam banyak-banyak pantang larang, apa yang paling rare dan pelik yang korang pernah dengar ataupun ada ke yang amalkan petua tu semua? Kat sini kami senaraikan beberapa pantang larang yang selalu orang dengar dan ada sikit tak masuk akal..

Haa..minumlah kopi tu, nanti anak keluar kulit gelap baru tahu!

Kami percaya, mesti korang pernah dengar statement kat atas ni kan. Kononnya, bila minum air kopi, dipercayai anak dalam perut tu nanti berkulit gelap sebab minum apa yang ibu minum. Nak tergelak pun ada dengar. Yelah, macam tak masuk akal.

Tapi, apa pun terpulanglah pada korang nak percaya ataupun tidak. Bukan apa, mungkin orang dulu-dulu cipta pantang larang ni sebab nak mendidik mak buyung ni supaya jangan banyak sangat minum minuman manis kot. Tak elok untuk kandungan tau!

Minum soya banyak-banyak, anak jadi gebu dan cerah.

Ye ke? Statement bila ibu mengandung minum soya, anak nanti keluar berkulit putih melepak dan gebu ni banyak jugak admin dengar. Tapi, tak tahulah kesahihannya kan.

Patutlah, admin pernah nampak ada mak buyung ni rajin sangat teguk air soya. Pagi petang siang malam minum soya. Nak anak putih katanya.

Ada yang kata soya ni baik untuk kandungan, ada yang bercanggah pendapat pulak. Apapun, soal kulit ni sebenarnya bergantung kepada genetik. Kalau mak bapaknya putih, anak pun ikutlah berkulit putih. Tapi, gelap-gelap pun kan manis! Hehe..

Eh..jangan makan nenas. Gugur nanti!

Haa..rasanya, pantang larang yang ini paling famous sekali. Buah nenas merupakan buah yang kaya dengan vitamin C dan A dan bagus untuk tubuh sebagai antioksidan. Tapi, nenas juga dikatakan tajam dan boleh mengakibatkan keguguran! Betul ke?!

Memang belum ada bukti sahih tentang nenas dan keguguran ni sebab ada je ibu mengandung yang makan tapi tak mendatangkan apa-apa kesan pun. Tapi lagi bagus kalau korang elakkan sebab dalam nenas tu ada kandungan enzim bromelain sangat tinggi yang boleh membuatkan rahim lemah dan menyebabkan keguguran!

Nak makan boleh, tapi jangan berlebihan tau. Better safe than sorry!

Jangan makan rebung, nanti anak keluar banyak bulu. LOL!

Korang suka lelaki berbulu? Lelaki berbulu tu sexy? Kalau jawapannya ya, masa mengandung nanti makanlah rebung, mana tahu dapat anak nanti berbulu. Hihi.

Antara semua pantang larang, yang ni paling lucu. Memang tak dinafikan, rebung ni merupakan tumbuhan yang berbulu dan miang. So, kononnya kalau mak buyung ni makan rebung, nanti anak tu keluar berbulu lebat dan miang orangnya.

Nak percaya atau tidak terpulanglah kat korang, tapi kalau korang nak tahu, secara saintifiknya, rebung ni ada banyak manfaat untuk tubuh badan kita tau. Antaranya, boleh melancarkan sistem pencernaan, mengurangkan kadar kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan banyak lagi. Ohh..ye ke..

Tapi, yang ini bukan mitos!

Kalau semua makanan kat atas tadi dikaitkan dengan pantang larang untuk ibu mengandung, tapi ada satu perkara yang sangat bermanfaat untuk ibu mengandung. Nak tahu apa tu?

Susu Anmum Materna lah!

Anmum Materna ni adalah susu pra-natal nombor satu di Malaysia. Anmum dengan MindQ Connect mengandungi nutrien penting untuk menyokong perubahan mengagumkan buat ibu hamil dan si manja dalam kandungan.

Kalau korang nak tau, Anmum Materna ni adalah satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak yang dilengkapi dengan probiotik DR10 dan inulin. Persekitaran usus yang baik seterusnya menyokong penyerapan nutrien.
Jadi, mak buyung semua, jangan lupa amalkan 2 gelas susu Anmum Materna setiap hari untuk memenuhi 100% asid folik dan kalsium yang diperlukan semasa hamil tau!Susu Anmum Materna juga kini terdapat dalam bentuk sachet. Senang nak bawa ke mana-mana!

Untuk info lebih lanjut, klik sini www.anmum.com.my.

Most Read Today