berita

5 Babak Drama Meruntun Jiwa 2017 Yang Kami Dah Tengok. Gugur Air Mata Tau!

October 27th, 2017 | by faris | 0 comments
9K
reads
2.3K
shares
Kini Trending

Siapa kaki layan drama dekat TV? Walaupun ramai yang kata drama kita sekarang tak berkualiti dan jalan cerita sama saja, sebenarnya kami sangkal kenyataan sebegitu sekerasnya. Biasalah, dalam setandan pisang mestilah ada yang elok, ada yang buruk jugak kan.

Kali ini kami nak cerita 5 drama dengan babak paling meruntun jiwa yang dah kami tonton. Gugur air mata tak payah cakaplah, berkotak-kotak tisu habis okay.

Sharnaaz Ahmad pun boleh buat orang nangis tau

Drama Yang Terakhir Untukku lakonan Sharnaaz Ahmad, Izara Aisyah dan Puteri Aisyah ini mengisahkan seorang abang (Sharnaaz) yang terpaksa bergelumang dengan dunia jenayah untuk mendapatkan wang bagi rawatan adiknya (Puteri Aisyah) yang sakit.

Sebaknya bila adiknya cakap dia tak mahu lagi masukkan duit haram abangnya yang belikan makanan, tapi si abang sebenarnya bekerja sebagai tukang kebun untuk menyara kehidupan mereka.

Malam tambah nasi, esoknya kena puasa

Satu lagi drama yang boleh tahan sebak adalah Mak Tak Bagi Balik. Bayangkan satu keluarga miskin tahap kalau malam ini tambah nasi, esok semua orang kena puasa sebab tak cukup makanan! Dari berpuasa Isnin Khamis, mereka sekeluarga kena puasa pada Rabu sebab alasan sama. Sedihnya kalau betul-betul ada macam ini. :(

Ayah ambil dadah untuk elak panas baran

Siapa je tak kenal Namron kan. Dalam drama Mengharap Sebuah Keredhaan, Namron memegang watak seorang penagih yang juga ayah kepada watak Nad Zainal. Bila ditanya bila mahu berubah oleh anaknya, si ayah cakap dia sudah lama mengambil dadah sejak anaknya itu masih bayi, semata-mata menenangkan dirinya yang pemarah dan suka memukul isterinya. Hmmm.

Bila ayah seorang pemarah tahap ekstrim…

Siapa tak pernah tengok Andainya Takdir memang wajib tengok! Memang menjadi betul Shukri Yahaya punya acting. Geram tahu dia pukul-pukul bini, dia ingat apa? Emo pula! Ada satu scene anaknya terpaksa call emaknya yang lari sebab kena pukul suami. Sayu beb, try la layan!

Okay yang ni paling tak menahan antara semua

Rasanya babak paling diingati dalam 7 Hari Mencintaiku, sebab waktu inilah Mia minta maaf dan melutut, merayu peluang kedua daripada suami dia. Memang murah air mata tengok scene ini, serius! Siti Saleha dengan Shukri Yahaya memang powerlah!

Apa yang lagi best, tau tak semua drama yang meruntun hati ini sebenarnya tercalon dalam Anugerah Skrin 2017 tau! Kalau nak tahu lakonan pujaan korang boleh menang di hati juri pula, kenalah tunggu malam penuh gemilang tu nanti. Jangan lupa, 3 November, 9 malam di TV3 okay! Boleh juga tonton live di Facebook OhBulan!