berita

7 Tempat Di Hua Hin Thailand Yang Patut Anda Pergi! Siap Ada ‘Greece’ & ‘Venice’ Lagi

September 13th, 2017 | by Shafika | 0 comments
8.4K
reads
3.5K
shares
Travelogue

Pernah dengar tak daerah Hua Hin Thailand yang terletak kira-kira 150km dari bandar Bangkok. Hua Hin merupakan sebuah bandar kecil di antara, tidak terlalu padat dengan pelancong seperti pulau-pulau terkenal Phuket atau Krabi.

Daerah ini pernah menjadi terkenal sebagai salah satu resort pantai pertama di Thailand. Bayangkan tempat ini merupakan tempat percutian Raja Rama VII di utara Hua Hin kerana laluan kereta api terus menghubungkan Istana Mrigadayavan dengan Bangkok. Unik kan? Nah kami senaraikan tempat best di sana yang patut anda pergi!

Istana Mrigadayavan

Tempat ini terletak di pantai Bang Kra antara Cha-Am dan Hua Hin, yang dibina oleh Raja Rama IV sebagai percutian musim panas pada tahun 1924. Istana ini dibuka setiap hari kecuali Rabu, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bayaran masuk cuma THB30. Serius istana ni memang cantik dan bersih!

Pantai Hua Hin

Pantai ini popular untuk bermain layang-layang dan sukan air lain, dan ia dipenuhi dengan hotel mewah dan makanan laut. Siapa nak pergi ke sini, boleh cuba cari hotel berdekatan sini. Harga hotel pula memang berbaloi dan mampu duduk.

Pasar Cicada

 

Pasar minggu Cicada bukan pasar malam biasa. Ianya cuma dibuka pada hari Jumaat & Sabtu. Pasar ini adalah tempat para usahawan tempatan, artis, pereka & pemuzik berkumpul. Ia adalah tempat yang sangat berseni di mana anda akan dapat menemui banyak barang unik dan berseni. Memang sesuai untuk mereka yang berjiwa seni. Memang best suasana kat sini.

Taman Santorini

Kalau tak mampu pergi ke Greece, apa kata cuba ke sini. Suasana sini walaupun agak panas tapi memang anda akan rasa suasana yang berbeza. Taman Santorini merupakan tempat inspirasi dari Bandar Greece. Memang cantik! Banyak spot untuk bergambar di sepanjang laluan pejalan kaki. Bestnya!

Venezia

Venezia adalah sebuah taman hiburan yang kelihatan seperti Venice. Siapa tak mampu ke Italy, anda boleh ke sini. Suasananya seakan berada di Venice pasti buat anda terpegun. Satu-satunya bahagian yang dikunjungi adalah Galeri 3D dan rumah terbalik. Bukan galeri biasa tau!

Keretapi Hua Hin

Ini adalah salah satu stesen keretapi tertua di Thailand, yang direka dengan indah dengan seni bina Thailand yang hiasan. Kalau waktu malam, serius cantik dengan lampu yang begemarlapan. Buat pelancong Islam anda tak perlu risau untuk makan kerana disini banyak restoran halal. Keretapi ini anda harus pergi. Ini sedikit tips dari admin, siapa yang mahu ke sini melalui jalan darat. Boleh cuba naik keretapi ini dari Hatyai terus ke sini selama 12 jam. Harga tiket sekitar 800-900 Bath.