berita

8 Sebab Kenapa Korang Kena Pergi Hua Hin, Destinasi Paling Dinanti Di Thailand

February 28th, 2018 | by Epul
Gaya Hidup

Sebut je Thailand, apa yang korang akan ingat dulu? Tak lain tak bukan, Bangkok, Phuket, Ko Lipe, Chiang Mai, Chatuchak… apa lagi? Tapi, kalau kitorang sebut Hua Hin, korang pernah dengar? Haa, jarang kan! Nama tempat ke tu?

Yes, Hua Hin adalah satu nama tempat dan merupakan bandar resort tepi pantai diraja di Thailand. Dulunya ia adalah kampung nelayan, sekarang dah jadi pekan yang cantik buat penduduk Bangkok dan sekitarnya. Menarikkan? Haa, nak pergi tak? Rugi tak pergi! Ni kitorang share 8 sebab kenapa korang kena pergi Hua Hin…

1. Lawat stesen keretapi tertua Thailand, Stesen Keretapi Hua Hin

Stesen Keretapi Hua Hin adalah salah satu stesen keretapi tertua kat Thailand dan menjadi ikon Hua Hin. Dulu, ia adalah satu-satunya medium pengangkutan sebelum adanya jalan raya. Fuh, bayangkan sejak dibuka pada tahun 1911, ia masih berfungsi sampai sekarang! Cuba kira berapa tahun… Hampir 107 tahun tu!

Stesen Keretapi Hua Hin ni berkonsepkan seni bina East-meets-West. Memang cantik kalau tengok dekat-dekat! Kat situ ada bilik menunggu diraja yang dulunya mengalu-alukan kedatangan raja dan hulubalangnya…

2. Ada 4 pantai dengan pemandangan yang super cantik!

Ingat Hua Hin ni destinasi biasa je ke? No! Ada 4 pantai pelancong boleh explore bila sampai sini. Salah satunya pantai Hua Hin yang dulunya digelar kampung nelayan yang ‘mati’, sekarang dah makin cantik bila pasir putih makin memenuhi persisiran pantai dengan air laut biru berkilauan. Memang cantik untuk ambik gambar!

Pantai apa lagi apa yang ada? Tengok bawah:-

Cha Am buat korang yang nak kedamaian, sebab kat sini kurang pelancong

Khao Takiab yang sentiasa penuh dengan perniagaan resort butik penduduk sekitar

Nak pengalaman percutian persembunyian lengkap dari hiruk pikuk kota, mai datang Pranburi

3. Lebih 6 tarikan bertema disediakan untuk korang enjoy seisi keluarga!

Dah Hua Hin ni pun namanya destinasi percutian untuk geng rakan-rakan dan seisi keluarga, mestilah ada banyak tarikan menarik.

Apa kitorang jumpa, banyak tarikan antaranya korang boleh naik unta dan beri makan haiwan-haiwan jinak kat taman tema rekreasi unik Camel Republic bertemakan seni bina Maroko yang terletak 35km dari Hua Hin.

Drive sikit selama 25 minit dari Hua Hin, korang boleh jalan-jalan sekitar bangunan kedai, restoran dan taman hiburan di Santorini Park yang memberikan efek gambar putih-biru seakan pulau Greek.

Jalan jauh sikit kira-kira 40 minit dari Hua Hin, korang akan jumpa Swiss Sheep Farm, ladang style Eropah yang dipenuhi padang rumput, kincir angin, rumah ladang dan kandang berlatarbelakangkan hutan bukit. Kat sini, korang boleh bagi kambing biri-biri makan, perah susu kambing, naik kuda dan lawat gambar seni 3D.

Rasa nak feeling-feeling naik gondola macam kat Itali? Kat Hua Hin pun boleh, pergi je kat The Venezia kat situ korang boleh naik gondola sepanjang 200 meter sambil menikmati pemandangan sekitar 316 kedai yang ada kat situ. Eh, ada zoo mini dengan muzium 3D jugak kat situ tau!

Kalau korang suka main air, kat Hua Hin, ada Vana Nava Water Park yang merupakan ‘hutan air’ pertama Asia. Ia menggabungkan teknologi state-of-the-art dan fasiliti moden dengan 20 tarikan antaranya luncur air menakjubkan dan Studio Bawah Air Profesional Pertama Thailand. Wow, bestnya!

Bukan tu je, rasa-rasa nak adventure naik ATV, Hua Hin Safari and Adventure Park ada tawarkan pengalaman tu. Selain tu, korang boleh enjoy tengok show hiburan popular Thailand antaranya tracking bersama gajah, pertunjukan ular. Menarik betul!

4. Lokasi makan, jalan-jalan dan shopping paling ideal

Bosan pusing KL cari makan sampai tak tahu nak makan apa lagi dah? Kalau datang Hua Hin, korang boleh rasai sensasi makan paling diingini di kawasan makan Bluport yang mengumpulkan lebih 100 restoran termasuk kafe popular sekitar Thailand. Tak payah pusing satu Thailand, semua ada kat sini!

Kenyang makan, jom pusing-pusing kat Plearn Wan Village dan rasai pengalaman sebenar hidup di Hua Hin sekitar tahun 1950-an. Plearn Wan ni adalah bangunan dua tingkat dengan seni bina ilham penduduk sekitar yang menjual hampir segalanya yang korang perlukan. Carilah apa korang nak cari!

5. Rasai pengalaman beli-belah kat night market paling best kat Thailand

Tak cukup jalan-jalan sambil membeli-belah kat Plearn Wan Village? Rilek, ada banyak night market korang boleh explore kat Hua Hin ni… Salah satunya Hua Hin Night Markets yang dibuka pada jam 6:30 petang. Kat situ, korang boleh dapatkan pakaian murah-murah, kraftangan, makanan sedap-sedap sekitar Thailand.

Selain tu, ada jugak Cicada Market, sebuah night market berkonsepkan ‘open air‘ yang hanya menjual kraftangan buatan tangan penduduk sekitar Hua Hin. Memang lawa-lawa! Selain membeli, korang jugak boleh lawat galeri seni dan muzik live kat situ. Tapi, ia hanya dibuka weekend je tau, dari Jumaat sampai Ahad.

Last sekali night market yang menarik perhatian kitorang, Tamarind Market yang menawarkan suasana makan paling best sampaikan boleh rasa band tu nyanyi sebelah korang! Kat belakang Tamarind Market pulak, ada jualan eksklusif untuk makanan dan barangan yang agak pricey. Jangan terkejut apa korang jumpa kat sana!

6. Belajar budaya unik penduduk Hua Hin

Jangan ingat bila datang Hua Hin korang boleh rasa makanan dan beli barangan murah-murah je. Kat Hua Hin lah korang boleh belajar budaya unik penduduk sana. Datang ke Rajabhakti Park, 12km dari Hua Hin, sebuah taman tema bersejarah yang dipelihara bagi menghormati Raja-Raja Thailand yang lalu dari zaman pemerintahan Sukhothai hingga kini, Rumah Diraja Chakri.

Kat Wat Huay Mongkhon pulak popular dengan patung setinggi 12 meter dan lebar 10 meter iaitu salah seorang rahib Thailand paling terkenal, Luang Phor Thuad.

Satu lagi lokasi yang kitorang nak korang pergi, Mrigadayavan Palace iaitu istana tepi pantai. Dikenali sebagai The Palace of Love kerana ketika Permaisuri Indrasakdi Sachi hamil, Raja Vajiravudh sangat berharap untuk mendapat seorang waris. Banyak potret-potret lama korang boleh tatap kat situ…

Tak cukup dengan tu, ada jugak Hua Hin Artist Village yang menampilkan galeri seni dan barangan antik untuk tatapan korang. Dan jangan lupa lawat Monkey Mountain untuk ‘beramah-mesra’ dengan monyet yang bebas berkeliaran kat situ. Korang boleh ambik gambar, bagi makan dan tengok pemandangan cantik dari atas gunung…

7. Siapa suka alam semula jadi, sini tempat terbaik untuk korang…

Salah satu tarikan alam semula jadi untuk korang yang suka menikmati keindahannya, datang ke Pala U Waterfall. Ia adalah air terjun tertinggi di Thailand, membuatkan siapa saja yang berjaya naik ke puncaknya boleh nampak pemandangan indah seluruh Thailand hingga Burma. Ambik gambar kat atas ni memang lawa gila!

Satu lagi tarikan semula jadi kat Hua Hin, taman nasional laut pertama Thailand, Sam Roi Yod National Park yang memberi maksud ‘gunung dengan 300 puncak’. Ia sebenarnya merujuk siri bukit batu kapur di sepanjang Teluk
Thailand. Jangan terkejut, ada 7 attraction point untuk korang tengok pemandangan dan ambil gambar…

Dengan harga THB200, korang boleh masuk semua tarikan yang ada di Sam Roi Yod National Park ni. Ha, tengok gambar-gambar attraction point yang cantik-cantik kat bawah ni…

Khao Daeng Viewpoint

Laem Sala Beach & Campsite

Phraya Nakhon Cave

Thung Sam Roi Yot Freshwater Marsh

8. Hua Hin ada banyak hotel best-best dan murah pulak tu!

Kalau korang datang Hua Hin, tak perlu risau nak tidur kat mana. Sebab kat sana, ada banyak hotel-hotel menawarkan pemandangan cantik dengan tawaran harga berpatutan! Korang nak duduk pulau, tepi pantai, kat pekan, mana-mana je ada hotel. Ni kitorang listkan beberapa hotel berpatutan untuk korang duduk kat sana nanti…

D Varee Diva Kiang Haad Beach Hua Hin (harga bermula RM165/malam)

The Serenity Hua Hin (harga bermula RM144/malam)

Royal Pavilion Hua Hin (harga bermula RM136/malam)

Napalai Resort & Spa (harga bermula RM114/malam)

Menarikkan? Nak pergi Hua Hin? Jom, kitorang ada tawaran best untuk korang!

Air Asia tawarkan harga penerbangan serendah RM79, ALL IN! Gila weyy murah betul ni! dah lah murah, seminggu sebanyak 4 kali pulak tu penerbangan ke Hua Hin ni. Tapi korang kene lah book sekarang! Sebab booking period hanya sampai 4 Mac je! Untuk travel bulan Mei, 18hb hingga 26 October 2018!

So korang kene lah cepat-cepat book nak pergi Hua Hin ni. Takkan nak terlepas kot tawaran gempak from Air Asia ni! Untuk maklumat lanjut, korang boleh check website Air Asia ni dekat sini !

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Writer yang gila salted egg butter chicken. Nak belanja? Follow akaun media sosial kat tepi kiri ni dulu atau drop email ke [email protected] untuk cara lebih profesional.

Most Read Today