berita

80 Pemenang Ini Ditaja 100% Oleh Watsons Untuk Ke Cebu, Bohol Dan Oslob Selama 4 Hari!

May 15th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Wow..bestnya dapat pergi Filipina, ditaja sepenuhnya oleh Watsons pulak tu! Dah lah tempat yang diorang dapat pergi semuanya best-best. Nak tahu macam mana diorang menang?

Terima kasih Watsons, Philipines Department of Tourism dan Cebu Pacific!

Kalau korang nak tahu, Watsons dan Philipines Department of Tourism ni telah bermurah hati untuk menaja semua pemenang bertuah ni ke Filipina secara percuma tau! Contest Switch and Save yang dilancarkan pada 25 Januari hingga 3 April ni berjaya menarik seramai 70,000 kemasukan!

Peserta hanya perlu beli barangan Watsons bernilai RM30 dalam satu resit untuk memenangi percutian 4 hari 3 malam di Filipina!

Seramai 300 peserta disenarai pendekkan dari 70,000 peserta. Bagi melayakkan diri mereka ke final round, peserta dikehendaki untuk bermain 3 pusingan permainan yang diadakan di Paradigm Mall, PJ pada hari ahad lepas!

Lepas 3 pusingan tu, 40 yang terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan game tersebut. Haa, meriah tau haritu! Semua sporting habis!

Bestnya island hopping di Cebu, Oslob dan Bohol!

Para pemenang akan dibawa ke Pulau Cebu, Bohol dan Oslob ni tau! 4 hari tu memang cukup sangat nak pergi semua tempat ni! 40 pemenang tersebut akan pergi secara berpasangan. Ha..jadi jumlah keseluruhannya ialah 80 orang!

Artikel berkaitan: Pakej Percutian Percuma ke Filipina dengan Watsons! Siap Boleh Island Hopping Lagi!

Antara yang hadir di majlis tersebut merupakan rakan artis Watsons iaitu Arja Lee, Sasha Saidin dan Thanuja Ananthan.

Tahniah kepada para pemenang Switch and Save! Selamat bercuti!!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×