berita

‘Adik-Adik, Kita Jumpa Di Syurga’ – Ayah Meninggal Selepas 2 Hari Kematian Adik Beradik. Sebaknya..

December 12th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Mati itu pasti tapi saat menghadapinya bukanlah senang. Lebih lebih lagi yang pergi itu adalah orang paling kita sayang. Sebagai seorang Islam, kita kena belajar menerimanya dengan hati terbuka kerana kita juga akan menghadapi kematian.

Perkongsian lelaki ini buat kami semua menangis. Bayangkan baru baru ini dia telah kehilangan 3 adik beradiknya yang terlibat dalam kemalangan berhampiran MRSM, Lenggong. Kali ini, ayahnya yang sedang kritikal turut menyusul meninggal dunia.  Al fatihah buat keluarga mangsa.

Semoga keajaiban berlaku

Jenazah adik2 dah sampai di Kuantan.. saya masih di Hospital Taiping.. keadaan ayah agak kritikal.. beliau perlukan doa kalian semua..doa jelah ikhtiar akhir yang kami ada.. Allah dah tarik 3 nyawa dah cukup berat aku nak hadapi.. kalau 1 lagi Allah tarik aku xtau la aku macam mana.. tolong doakan ayahku.. semoga keajaiban berlaku..

Aboh pergi, tinggal aku untuk jaga adik dan ibu

Allah pinjamkan mereka dan Allah “ambil” balik pinjamanNYA.. sebagai orang yang beriman, aku memang Redha.. tapi hati dan tangisan x boleh ditipu.. Allah ambil nyawa 4 ahli keluargaku dalam tempoh yang sangat singkat.. Aboh orang yang baik.. Aboh orang yang paling kuat tekankan kami bab solat.. walaupun aku dah besar panjang, aboh tetap x jemu2 berpesan supaya jangan tinggalkan solat..

Aboh dah terlepas tanggungjawab .. sekarang tinggal aku dan abang yang akan jaga satu satunya adik yang tinggal dan ibu.. jenazah aboh akan dikebumikan di Bukit Kuin, Kuantan.. kemungkinan jenazah sampai di Kuantan selepas Asar (tak pasti)..semoga dipermudahkan segala urusan.. semoga roh aboh dan ketiga tiga adik ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

Jumpa di syurga

Semoga adik ini tabah menghadapi ujian Allah. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat keluarga mangsa.

Sumber : Muhammad Haris

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×