berita

Alhamdulillah, Tokti Selamat Lahirkan Puteri. Tahniah!

March 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

Satu Malaysia sudah tentunya ternanti-nanti kelahiran puteri sulung penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Penantian lebih sebelas tahun penyanyi kesayangan semua ini turut sama dirasai debarannya dengan jutaan peminat yang tidak sabar-sabar melihat wajah penyanyi bertaraf diva ini.

Biarpun ada ura-ura Siti telah selamat melahirkan cahaya matanya beberapa hari lepas, namun perkara itu dinafikan sendiri Siti yang mengakui akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.

Selamat lahirkan puteri di pagi Isnin

Siti menerusi Instagramnya sebentar tadi memaklumkan dia sudah selamat bersalin puteri sulungnya itu pada pagi Isnin, jam 8.17 pagi

Penyanyi Cindai ini melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.  Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Pilih Isnin sempena hari kelahiran Nabi SAW

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Ambil masa dedah wajah, nama

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Sumber: Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today