berita

Ayu Dok Dale Hute Pulok Doh..

August 10th, 2018 | by faris
Kini Trending

Isu perkahwinan seorang peraih getah 41 tahun dengan budak berumur 11 tahun menimbulkan kemarahan ramai pihak. Lelaki berkenaan, akhirnya dikenakan hukuman denda berjumlah RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang.

Artikel berkaitan: ‘Dia Tak Suka Budak, Kecuali Ayu..’ – Isteri Abe Dedah Suami Kedekut, Berkira Duit Nafkah Anak

Perkahwinan membabitkan gadis bawah umur itu turut memberi kesan kepada isteri ketiga berkenaan apabila dia menerima kecaman masyarakat setempat sehingga perlu berpindah ke dalam hutan.

Diejek, gambar tersebar di Whatsapp

Kerana menerima kecaman penduduk berhampiran, peraih getah berkenaan terpaksa menempatkan isteri baru dan keluarga mentuanya ke sebuah rumah di kebun getah kawasan pedalaman Gua Musang.

Selepas perkahwinan kami tular, isteri saya bukan sahaja diejek dengan pelbagai panggilan oleh penduduk kampung, malah ada yang sanggup mengambil gambarnya sebelum menyebarkan kepada individu lain melalui aplikasi WhatsApp.

Tidak tahan melihat mereka diperlakukan sedemikian rupa, saya memindahkan mereka ke kebun getah yang terletak di kawasan pedalaman.

Berulang-alik hantar makanan

Lelaki 41 tahun itu berharap, dengan tindakan berkenaan, kecaman daripada masyarakat dapat berhenti. Namun, dia terpaksa berulang-alik menghantar makanan kepada isteri dan mentuanya.

Tempat tinggal mereka kini agak jauh di dalam hutan dan hampir setiap hari saya terpaksa berulang-alik untuk menghantar bekalan makanan serta perbelanjaan harian kepadanya.

Biarkan terpaksa memandu berjam lamanya, pada saya kegembiraan dan keselamatan isteri dan keluarganya adalah yang utama buat masa ini.

Ditanya Harian Metro bagaimana perkembangan terbaru isterinya yang masih enggan ke sekolah pondok seperti disarankannya, lelaki tersebut mengatakan dia masih berdoa supaya si isteri dibukakan pintu hatinya.

Saya tidak akan putus asa dan akan terus berdoa supaya satu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk belajar di sekolah pondok memandangkan dia tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×