berita

Baru Terima Lesen Memandu, Lihat Hadiah Lelaki Ini Kepada Isterinya. Untunglah…

July 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Pelbagai dibuat untuk menzahirkan kasih sayang untuk pasangan. Bukan nilai hadiah atau pemberian yang dipandang, namun apa yang lebih penting adalah usaha untuk membahagiakan orang tersayang.

Seorang lelaki mempunyai cara tersendiri untuk meraikan kejayaan isterinya mendapatkan lesen memandu. Memang menyentuh hati.

Dipakaikan blindfold sebelum terima kejutan

Video berdurasi 1 minit 23 saat itu bermula dengan ekspresi riang si isteri yang akhirnya lulus ujian memandu. Kemudiannya wanita itu ditutup matanya dan dibawa ke sebuah lokasi rahsia sambil ditemani suami di sampingnya.

Apabila sampai di destinasi, penutup mata dibuka dan lelaki itu mengatakan sebuah kereta mewah Fairlady adalah milik isterinya itu. Perkara berkenaan membuatkan si isteri tergamam dan teruja dalam masa yang sama. Wanita itu juga turut dilihat mengalirkan air mata gembira dengan hadiah yang diterima daripada suaminya itu.

Sumber: Al Qaasimy

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today