berita

Dapatkan Barangan Percuma & Wang Tunai Setiap Bulan Dengan 8coin! Jom Download Sekarang

April 9th, 2018 | by Wan
Shout Out!

Media Prima Labs (MPLabs) dan REV Asia Berhad melancarkan laman sesawang ganjaran, 8coin yang sebelum ini lebih dikenali sebagai 8Share. Menerusi 8coin, pengguna media sosial berpeluang untuk mendapatkan barangan percuma dan wang tunai setiap bulan dengan cara berkongsi kandungan menarik yang disediakan oleh 8coin di media sosial mereka.

Lagi ramai orang yang baca kandungan yang dikongsikan itu, lagi banyak mata ganjaran 8coin yang akan diterima!

Ganjaran menarik menanti


Dalam aplikasi mudah alih dan laman sesawang 8coin ini, para pengguna diberi pilihan untuk sama ada mendapatkan ganjaran wang tunai atau pun menebus pelbagai barangan menarik dengan 8coin yang telah mereka perolehi.

Selain itu, 8coin juga berfungsi sebagai platform untuk para pemasar melibatkan pengguna-pengguna 8coin sebagai penyokong kandungan sosial bagi mempromosikan jenama mereka di media sosial. Untuk pengetahuan, 8coin mempunyai komuniti yang terdiri daripada lebih 770,000 pengguna media sosial di seluruh Malaysia.

Terdapat satu bahagian ‘Specials’ yang menawarkan kandungan tajaan merangkumi filem, permainan, acara, produk dan pertandingan yang terkini. Para pengguna 8coin yang berkongsi ruangan “Special” 8coin di media sosial mereka akan diberi ganjaran bagi setiap lawatan unik yang mereka terima. Sejak 2010, komuniti platform ganjaran ini telah pun mendapat ganjaran melebihi RM8 juta.

Muat turun sekarang!

Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata 8coin dibangunkan sebagai platform ganjaran bersepadu bagi Media Prima untuk memastikan semua platform mempunyai akses kepada komuniti 8coin dan pada masa yang sama memperkukuh hubungan antara mereka dan pengguna 8coin.

Pengarah Urusan REV Asia Berhad, Voon Tze Khay turut menambah, “Kami berbangga dapat melancarkan 8coin, platform ganjaran bersepadu yang pertama antara REV Asia dan Media Prima, dalam usaha untuk merapatkan jurang antara media tradisional dan digital. Objektif 8coin adalah untuk memberi pengguna pengalaman perkongsian sosial dan program tunai dan ganjaran tanpa had yang lebih baik. Kami juga berharap dapat membantu memperkuat peranan media tradisional di Malaysia dengan pelancaran aplikasi ini.”

8coin boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store atau pengguna juga boleh mengakses laman sesawang melalui pautan ini: https://8coin.my/

Apple App Store: https://itunes.apple.com/my/app/8coin/id1306626051?mt=8

Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.mediaprimadigital.a8coin

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today