berita

FBI Lengkapkan Misi-Misi Penting

January 21st, 2013 | by M
Shout Out!

Screen Shot 2013-03-04 at 10.06.56 AM

Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI tersenyum riang apabila pasukannya yang turut dianggotai oleh 2 peminatnya telah dipilih sebagai juara dalam pertandingan PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge, sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10 000!

Kemenangan hasil undian online terkumpul berjumlah 238 314 ini mengalahkan 3 pasukan lain yang masing-masing diketuai oleh Scha Alyahya, Awal Ashaari & wajah baru industri hiburan, Hanis Zalikha.

Faizal Ismail yang ditemubual OHBULAN! sempat berkongsi pengalaman menarik sepanjang menjayakan misi-misi yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Kata Faizal, antara cabaran yang paling hebat apabila mereka perlu mengajak lebih 60 orang untuk bersenam aerobik di Plaza Pelangi, Johor Bharu.

“Memang mencabar, sebab kami perlu pastikan 60 orang dikumpul dalam satu jam. Nasib baik sebab ramai peminat datang dan amat sporting membantu kami menjayakan misi ini,” ujar FBI.

Apabila ditanya apakah yang akan dibuat dengan hadiah kemenangan itu, FBI dengan tenang menjawab, “Saya akan serahkan kesemua hadiah itu kepada 2 anggota yang turut menjayakan kempen PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge kerana mereka adalah penerima yang selayaknya. “

Kempen PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge mengabungkan aktiviti on-ground dan online di mana pasukan FBI, Scha, Awal & Hanis Zalikha akan menjalankan misi-misi di on-ground, manakala peminat boleh mengundi pasukan kegemaran mereka secara online.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×