berita

Review : Filem CEO Lucu, Letak Tahap Baru Filem Komedi Tempatan!

June 11th, 2014 | by Ai
Filem Tempatan

Remy

Minggu lalu, kami ada mendapat jemputan untuk ke preview filem CEO arahan Razaisyam Rashid. Pada mulanya berat hati juga nak pergi, iyalah, takut hati ini hampa kalau jalan ceritanya tak menarik.

Tetapi, kerja punya pasal, ku gagahkan jua kaki ini melangkah. Cewah! Namun, bila start je filem ni, jangkaan kami terus meleset. Filem ini penuh dengan pengajaran dan lawak yang confirm tak buat korang kering gusi!

CEo Penuh dengan pengajaran dan lawak yang akan buat korang tak kering gusi – See more at: http://www.yanayassin.com/2014/06/review-filem-ceo-sinopsis-trailer.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+YanaYassin+%28YaNa+YassiN%29#sthash.HBJSKsoR.dpuf
CEo Penuh dengan pengajaran dan lawak yang akan buat korang tak kering gusi – See more at: http://www.yanayassin.com/2014/06/review-filem-ceo-sinopsis-trailer.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+YanaYassin+%28YaNa+YassiN%29#sthash.HBJSKsoR.dpuf

Kelakar, spontan dan bijak. Itulah tiga perkataan yang dapat kami rumuskan selepas menonton filem ini. Membariskan pelakon tekenal seperti Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Christina Suzanne filem ini sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Final CEO With Credit

Mana taknya, dalam fikiran kami, cerita ini tentunya mengisahkan kehidupan seorang ahli korporat yang sangat membosankan. Ternyata, kami silap apabila filem ini berjaya menggeletek hati setiap penonton yang hadir.

Filem CEO ini tidaklah klisè seperti filem lawak yang berada di pasaran. Kalau kita lihat, filem-filem lawak yang berada di pasaran sekarang, kalau tak pasal mat rempit, pasti lawak hantu kan?

Tolak tepi lawak macam tu, siapa sangka, cerita berkonsepkan korporat juga boleh jadi lucu jika diolah dengan menggunakan kreativiti yang tinggi.

ceo

Malah, kalau anda amati betul-betul senarai pelakon yang terbabit, tak ada sorang pun berlatar-belakangkan pelawak. Tetapi, ia bukan halangan bagi pengarah filem ini mewujudkan jenaka sepanjang filem ini.

Susun atur cinematografi yang digunakan juga menarik dan tidak melampau. Ia amat bersesuaian dengan olahan dan jalan cerita.

Pendek kata, rugi kalau tak tengok. Tabik spring sikit pada team CEO ni, kami lihat, usaha pengarah untuk menggabungkan elemen komedi dan korporat sememangnya tidak menghampakan.

Mengenai jalan cerita pula, filem ini mengisahkan tentang kehidupan Adam (Remy Ishak) yang merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, berubah dalam sekelip mata apabila dia dituduh pecah amanah.

_NAN3140

Segala kemewahan yang ada hilang serta merta termasuklah rumah, pekerjaan dan tunangnya sendiri. Secara tiba-tiba, Sufian (Beto Kusyairy) pula dilantik menjadi CEO baru syarikat tersebut.

Maka, disinilah segalanya bermula. Agak lucu apabila melihat lakonan Sufian yang merupakan seorang budak penghantar pizza berubah menjadi bos dan Adam berubah menjadi susah serta mula belajar mengenali erti kehidupan sebenar.

Baik Adam mahupun Sufian, dua-duanya keliru dengan apa yang terjadi. Bagi Adam, dia bertekad untuk mencari dalang sebenar kejatuhannya, namun Sufian hanya menikmati apa yang ada.

ceo

Namun, akhirnya misteri tersebut terungkai. Siapa yang bersalah agaknya ya? Jom sama-sama bergelak sakan dengan filem CEO yang bakal ditayangkan pada 12 Jun 2014 nanti ya.

Sementara nak tunggu filem ni ditayangkan, apa kata anda tonton dulu trailer cerita ini. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×