berita

Foto Keluarga Dikritik, Isteri Pertama Ashraf Muslim Mengandung?

August 7th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ohmedia-ashraf-muslim-1

Bila bercakap mengenai keluarga Ashraf Muslim, pasti terkenangkan keakraban antara Ashraf dan isteri-isterinya. Bukan apa, kebahagiaan keluarga ini seringkali mendapat perhatian umum.

Tetapi, semalam foto keluarga yang diambil sempena Syawal dikritik hebat oleh peminat sehingga Ashraf digelar tidak adil kepada isteri pertamanya.

Nak tahu kenapa? Semua disebabkan sekeping foto yang telah dimuat naik melalui laman Facebook sebuah blog hiburan menunjukkan Ashraf dikatakan lebih condong terarah kepada isteri keduanya.

asyrafmuslim

Dek kerana itu, teruk juga Ashraf dikritik hingga ada yang mengatakan jejaka ini tidak adil dan kemesraan Ashraf lebih tertumpu kepada Wan Sakinah.

Pelik juga kami. Mana taknya, foto Ashraf condong ke isterinya pun jadi isu. Bukan itu je, air muka Dayana turut dijadikan modal untuk membuktikan Ashraf tak adil.

Screen Shot 2014-08-07 at 7.55.55 AM

Macam-macam hal kan? Melalui pemahaman kami tak ada cacat cela pun foto tersebut. Malah ia menggambarkan keluarga ini gembira menyambut Aidilfitri bersama.

Dalam pada itu, sekitar minggu lepas, kami ada menerima kiriman emel dari seseorang mengatakan Dayana Lokman kini sedang hamil. Betul ke?

Menurut kiriman itu, Dayana dikatakan telah memuat naik sekeping foto di Instagram sempena memperingati ulangtahun perkahwinannya dan Ashraf.

Screen Shot 2014-08-07 at 7.53.10 AM

Dalam statusnya, dia ada meminta peminat supaya mendoakan agar Sarah Ashraf dapat adik baru tahun ini. Wah! Jika benar khabar yang diterima ini kami turut menumpang gembira.

Tak apalah Dayana, kami percaya rezeki kamu akan tiba. Cuma cepat atau lambat je. Kami doakan kebahagiaan keluarga ini akan terus kekal harmoni seperti sekarang. Suka tengok foto Ashraf, Dayana, Sakinah disamping Sarah tau!

Apapun, jom tengok dulu foto-foto mereka menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

Kredit Foto : Instagram Wan Sakinah & Dayana Lokman

SKIP THIS AD ×