berita

Foto Romantis Sharifah Amani & Bront Palarae

September 3rd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Psiko 2

Pada 5 September ini Sharifah Amani bakal bergandingan dengan aktor kacak, Bront Palarae menerusi filem terbaru mereka berjudul Psiko Pencuri Hati.

Sempena mempromosikan filem tersebut, Amani atau lebih mesra disapa sebagai Nani telah aktif berkongsi beberapa foto romantisnya bersama aktor kacak tersebut menerusi laman Instagramnya semalam.

Menerusi salah satu caption yang dikongsikan oleh pelakon comel itu, Nani sempat melahirkan ucapan terima kasih kepada Bront, kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sepanjang menjayakan sesi penggambaran filem tersebut.

Screen Shot 2013-09-02 at 9.30.59 PM

Psiko 4

Gandingan mantap Sharifah Amani & Bront Palarae

Melihat sahaja keserasian yang dipamerkan oleh kedua pelakon berbakat ini, pastinya filem Psiko Pencuri Hati akan dapat menambat hati penonton, khususnya di kalangan peminat filem tempatan.

Artikel Berkaitan :

Secara umumnya filem ini merupakan arahan pertama Namron dan antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan filem tersebut adalah Amerul Affendi serta Syed Hussein Syed Mustafa (Sein).

Untuk semua peminat Amani dan Bront Palarae, jom layan beberapa foto romantis mereka selepas ini.


Kredut Foto : Instagram Sharifah Amani & Bront Palarae

SKIP THIS AD ×