berita

Hukum Rosakkan Undi & Tak Daftar Diri Sebagai Pengundi

February 13th, 2018 | by faris
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai kempen merosakkan undi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Gerakan itu dibuat dipercayai sebagai tanda protes kepada pembangkang dan Barisan Nasional terutamanya selepas pembangkang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Kempen yang menggunakan hashtag #UndiRosak itu mendapat perhatian netizen dan menjadi buah mulut ramai memandangkan tarikh PRU dikatakan semakin menghampiri. Tapi apa sebenarnya hukum merosakkan undi?

Elak pecah-belah dengan lantik ketua

Menurut Dr. Zulkifli, masyarakat perlu mengelakkan pecah-belah dengan melantik seorang ketua. Ketua berkenaan berperanan memastikan setiap ahli bersatu-padu. Jawatan pemimpin perlu bagi menjaga keamanan dan kestabilan manusia di bawah pimpinannya.

Sesuatu umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan pertelagahan melainkan apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada seorang ketua, iaitu ketua yang dapat menyatukan mereka.

Pemimpinlah yang akan merealisasikan perpaduan dan menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinannya. Jawatan tersebut amat perlu demi kestabilan undang-undang dan keharmoniaan keadaan.

Perlu ketua untuk pelaksanaan hukum-hakam

Tambah Dr. Zulkifli lagi, syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah untuk melaksanakan dari segi hukum-hakam. Ini menunjukkan kepentingan peranan ketua dalam sesebuah negara.

Sebahagian besar pelaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah.

Antaranya seperti menghakimi kes-kes mahkamah, melantik para penjaga, mengisytiharkan halangan (al-hajr) dan perang, memeterai perdamaian dan sebagainya.

Hukum rosakkan undi, tak daftar pengundi

Beliau juga mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman #undirosak. Ini kerana melantik pemerintah pemerintah merupakan sesuatu yang penting sebagai rakyat. Beliat turut memffatwakan haram untuk tidak mengundi atau mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Justeru, berdasarkan kepada kepentingan pelantikan pemerintah, makanya kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram merosakkan undi.

Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi. Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

The following two tabs change content below.

Most Read Today