berita

Isu Tandas OKU Untuk LGBT, Ini Sebab Ras Adiba Radzi Bangkang Saranan Menteri

August 14th, 2018 | by faris
Kini Trending

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh menurut laporan Berita Harian disarankan menggunakan tandas orang kelainan upaya (OKU) ketika berada di tempat awam. Langkah itu dicadangkan sebelum pertikaian mengenai isu itu diselesaikan pihak berkaitan.

Namun, saranan itu tidak dipersetujui bekas pembaca berita popular yang juga merupakan OKU, Ras Adiba Radzi. Perkara itu diluahkan Ras di laman Facebooknya sebentar tadi.

Sebulat suara tidak setuju

Ras Adiba menyatakan pandangannya menerusi surat terbuka kepada Yang Berhormat Fuziah Salleh  untuk menyampaikan bantahannya atas saranan Fuziah itu. Menurutnya, tandas untuk OKU adalah hak mereka dan kerapkali disalahgunakan sebelum ini.

Assalamualaikum YB. Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan BANTAHAN kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.

Maaf kami sebulat suara TIDAK SETUJU. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?

Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.

Persoal jika penyelidikan dibuat sebelum saranan

Bekas personaliti TV3 ini juga turut bertanya jika penyelidikan dibuat sebelum cadangan itu diutarakan. Malahan Fuziah juga dipersoal jika menteri itu prihatin dengan keadaan golongan OKU.

Ras juga menuntut permohonan maaf kepada golongan OKU di Malaysia kerana saranan dibuat itu.

Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?

Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?

Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah.Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami.

Sumber: Ras Adiba Radzi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×