berita

‘Kalau Ko Pondan, Kami Tak Marah’ – Sharnaaz Ahmad Bersuara Isu Sajat

January 16th, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Nur Sajat berkata sedia berjumpa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) andainya ‘sesi perkenalan’ itu diadakan secara berhemah. Bagi yang tidak tahu, semalam pihak Jakim telah menyampaikan hasrat untuk berjumpanya menerusi satu surat terbuka di Facebook susulan isu keliru jantina usahawan berkenaan yang sekali lagi menjadi buah mulut netizen.

Artikel berkaitan: ‘Nak Jumpa Jom, Tetapi Secara Berhemah’ – Sajat

Malah, isu berkenaan turut sampai ke perhatian pelakon ‘lantang lagi pedas berbicara’, Sharnaaz Ahmad.

Anda nampak buat apa?

Di Twitter, Sharnaaz menggesa orang ramai untuk tidak menyokong tindakan dan perlakuan usahawan berkenaan. Soalnya, jika kita terus menerus ‘menghalalkan’ apa yang dilakukannya, dimana letaknya tanggungjawab kita sebagai Islam? Malah, Sharnaaz meminta pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan tidak lagi menularkan isu atau kes-kes berhubung Sajat sebagai langkah mengelakkan lebih ramai yang terpengaruh dengan isunya yang semakin membuak-buak di media sosial kebelakangan ini.

Tweet Sharnaaz itu rata-rata mendapat reaksi positif dari netizen yang menyokong pendiriannya.

Netizen tampil sokong

Memang benar, kebelakangan ini, banyak sahaja yang viral di media sosial kes-kes sebegini. Pihak Jakim telah pun menjalankan tanggungjawab mereka memanggil Sajat untuk bersemuka. Sama-sama kita nantikan apa yang terbit dari sesi perkenalan tersebut.

Sumber: Twitter Sharnaaz Ahmad

SKIP THIS AD ×