berita

‘Saya Hanya Nak Keluar Dari Sini’ – Enggan Komen Isu Farid, Diana Danielle Elak Jumpa Media

January 16th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Mahkamah hari ini membenarkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil diikat jamin sebanyak RM12 ribu atau RM3 ribu untuk setiap pertuduhan. Farid dilaporkan gembira dengan kehadiran isterinya, Diana Danielle di mahkamah untuk mengikuti sidang mahkamah.

Sebelum ini netizen tertanya-tanya ketiadaan Diana di mahkamah dan hanya melihat perkembangan Diana mengenai hal ini di Instagramnya sahaja.

Tak mahu ulas

Diana hadir dengan persalinan baju kurung berbunga biru merah jambu dan polos tanpa mekap tidak  menjawab soalan media yang diajukan kepadanya dan mendiamkan diri.

Ketika diberi kata-kata semangat wartawan Metro, Diana hanya mengangguk tanda faham. Manakala ketika di dalam kamar mahkamah, wartawan berkenaan sempat bercakap dengan ibu muda dua anak itu.

‘Saya nak keluar dari sini’

No, no, no. Buat masa sekarang saya belum boleh memberi sebarang kenyataan. Terima kasih kerana sudi hadir.

Saya hanya nak keluar dari sini. Ada jalan lain untuk saya tanpa perlu berdepan dengan pihak media?

Diana menerangkan dia hanya mahu keluar dari tempat berkenaan dan menegaskan tidak boleh memberi kenyataan berkenaan hal itu. Dia juga ada bertanya bagaimana cara lain untuk keluar tanpa perlu terserempak dengan media.

Diana kemudian meninggalkan kompleks mahkamah dengan pacuan empat roda dipandu pembantu peribadinya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×