berita

‘SnowWorld’ Genting Higlands Telan Belanja RM15 Juta

January 30th, 2013 | by Ai
Shout Out!

Snow World 1

Setelah ditutup selama hampir 8 bulan, jenama baru SnowWorld telah kembali lagi dan tempat tersebut telah dibuka secara rasmi pada 23 Januari lalu di Taman Tema Genting Highlands, Pahang.

Secara umumnya SnowWorld telah dirasmikan oleh Naib Presiden Eksekutif Genting Malaysia Berhad iaitu Dato’ Kevin Sim dan menurut beliau, pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM15 juta untuk menyusun semula sistem penyejukan yang telah dibeli dari negara Jerman sebelum ini.

“Kami telah membelanjakan sebanyak RM15 juta bagi penyusunan semula termasuk sistem penyejukan pembelian dari Jerman yang membolehkan kita untuk mengawal suhu bilik untuk subzero.”

“Tarikan pertama adalah ‘Downtown Musim Sejuk dan Konsep Warisan Dunia’. Jika anda perasan, latar belakang tempat sejuk ini adalah menggambarkan tentang beberapa tempat menarik di sekitar pusat bandar Eropah dan antara tempat-tempat tersebut adalah Kedai Teh Inggeris, Perancis Bakeri serta Itali Pizzeria.”

Berkongsi lebih lanjut mengenai tarikan SnowWorld pada kali ini, Dato’ Kevin Sim menyifatkan bahawa dengan adanya eleman light-emitting diode (LED), tempat ini mampu menarik lebih ramai pengunjung di masa akan datang.

“Tarikan lain termasuk LED adalah animasi skim cahaya unik yang secara beransur-ansur mengubah suasana di SnowWorld daripada waktu subuh ke senja, ‘Point Lookout’ di mana anda boleh mencari latar belakang yang indah bagi peluang berfoto serta ‘House Warm Igloo’ yang dibuat khusus untuk kepuasan pengunjung merasai sendiri cuaca sejuk di negara Eropah.”

Untuk makluman, SnowWorld telah dibina sejak tahun 2003 lagi dan operasi tempat ini telah ditutup kepada orang ramai pada bulan November 2011 yang lalu selama lapan bulan. Namun begitu, pusat SnowWorld ini telah dibuka semula pada 31 Ogos 2012 hingga 18 Januari dan sejak pembukaan tersebut, tempat ini telah dilawati hampir 192, 417 pelawat yang terdiri daripada 140, 854 (73%) orang dewasa dan 51, 563 (27%) kanak-kanak.

Bagi anda yang ingin merasai sendiri kesejuk ketika berada di negara Eropah, anda boleh berkunjung ke SnowWorld ini bersama keluarga tercinta dan OHBULAN! pasti anda akan berpuas hati dengan kunjungan tersebut.

Jom layan beberapa foto menarik sekitar pembukaan SnowWorld pada minggu lalu. Enjoice!

SKIP THIS AD ×