berita

Bangkitkan Mood Positif Korang Walaupun Tertekan Lepas Balik Kerja!

August 20th, 2018 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Stresnya kerja! Hari-hari hectic. Jumpa pelanggan. Layan kerenah officemate lagi. Kadang-kadang rasa nak marah je bila balik rumah. Jangan macam tu. Ni admin nak share tips macam mana nak bangkitkan aura positif dalam diri korang bila kat rumah.

Tanpa korang sedar ada banyak benda dalam rumah yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan aura positif. Tapi biasalah bila terlalu busy kerja, sampai kita lupa banyak sebenarnya energy positif yang kita boleh dapat di rumah.

Berikut adalah antara cara yang korang boleh cuba.

Lakukan aktiviti berfaedah di rumah!

Kredit: noninadia.com

Bila dah berada di rumah lupakan seketika benda berkaitan pejabat. Luangkan masa dengan keluarga. Banyakkan berbual dengan anak-anak dan suami. Kalau boleh tengok TV sama-sama, makan satu meja dan paling penting buat kerja rumah bersama. Inilah masa berkualiti yang kita cari.

Jangan lupa jugak untuk semak kerja sekolah anak korang. Ajak mereka buat kerja sekolah tu dengan korang. Barulah anak kita sedar dan tahu yang korang ambil berat mengenai mereka. Jadi tak la mereka dapat 7G bila exam nanti.

Kredit: Majalah Pa&Ma

Ilmu agama pun jangan korang lupakan. Boleh ajar anak mengaji. Dalam masa yang sama korang pun join anak mengaji dan boleh perbaiki ilmu agama korang. Jadi, automatik aura positif melalui aktiviti kekeluargaan ni boleh buat korang hilang stress bahkan, mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga.

Bau yang segar, beri ketenangan!

Keadaan rumah memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan aura positif. Kalau keadaan rumah berselerak dan berbau hapak, macam mana korang nak duduk kan? Makin stress la jawabnya. So, admin cadangkan korang pastikan rumah korang ada pewangi.

Tak kisah la yang automatik atau yang manual tapi pewangi memang penting. Ianya satu terapi. Macam admin sendiri, admin gemarkan scented candle lebih-lebih lagi kalau bauan tu ada unsur-unsur tropika.

Percayalah bauan yang nyaman mampu merangsang minda dan melahirkan perasaan yang tenang. Jadi takdelah korang nak marah-marah dan stress je bila balik dari office.

Kemas & hias rumah korang!

Ini perkara paling efektif untuk korang release stress nak-nak bila lepas kena marah dengan bos atau client. Korang balik rumah, tarik nafas kejap lepas tu kemas rumah. Hiaslah apa yang patut ikut citarasa korang. Confirm bila selesai semua korang akan rasa puas.

Tanpa kita sedar, sambil kemas dan hias rumah korang jugak dah bakar banyak kalori weyh! Melalui perkara-perkara macam ni la aura positif tu akan muncul.

Tapi elemen yang penting dalam nak pastikan rumah nampak kemas dan cantik ialah langsir. Kalau kena rekaan dan warna langsir, mood positif tu sentiasa ada ja kat rumah korang!

Ye la! Balik rumah tengok rumah kemas, langsir cantik, warna pulak menenangkan, kena dengan jiwa, makin membuak-buak la perasaan bahagia tu. Tenang ja rasa!

Kebetulan MK Curtain turut tawarkan cadar dengan pelbagai rekaan terkini. Ada cushion dan pelbagai jenis hiasan yang korang boleh dapatkan dekat MK Curtain.

Kalau korang nak tahu MK Curtain juga tawarkan khidmat nasihat termasuk proses pengukuran dan sebut harga secara percuma. Ya! Percuma! Tak ada charge tersembunyi lagi. Juru ukur mereka juga merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang dekorasi hiasan dalaman tau! Servis pun tip top.

Langsir dengan rekaan eksklusif!

Macam korang sedia maklum rekaan langsir MK Curtain tak pernah mengecewakan tau. Sentiasa tip top dan ikut trend semasa. Rekaan Eksklusif gitu! Pilihan warna yang pelbagai memang akan buat korang rambang mata.

Tambahan pulak sekarang MK Curtain ada buat promosi sempena Merdeka Sales tidak lama lagi. Kalau korang nak tukar langsir inilah masanya. Harga runtuh tau. Biasalah MK Curtain bagi promosi kaw-kaw kali ni sehingga 50% diskaun.

Lagipun mereka ada servis jahitan percuma. Jahitan mereka memang cantik dan kemas sebab tukang jahit MK Curtain adalah mereka yang sangat berpengalaman.

Servis jahitan** Tertakluk pada terma & syarat

Lebih dahsyat lagi, MK Curtain ada buat Renovation Sale dengan diskaun sehingga 70%! Bukan main-main ni! Memang betul-betul nak bagi korang peluang hias rumah. Tapi Renovation Sale ni hanya terhad untuk MK (HQ) Nilai sahaja tau!

Jadi korang kena plan dengan baik, cawangan MK Curtain yang mana korang nak serang dulu.

**Pembelian tertakluk kepada terma & syarat.

Ada cawangan baru di PJ!!!

Tak cukup dengan itu, sekarang MK Curtain dah buka cawangan baru dekat Petaling Jaya SS16. Jadi orang-orang Petaling Jaya dan korang yang tinggal berdekatan SS16 tu, jom singgah outlet terbaru mereka. Katanya ada banyak promosi pembukaan.

Apa lagi yang korang tunggu? Jom dapatkan pilihan langsir yang eksklusif hanya di MK Curtain. Sementara stok masih ada tau! Especially untuk Merdeka Sale ni. Jangan lepaskan peluang ni!

Waktu Operasi: 10 pagi – 8 malam

Website: MK Curtain

Facebook: MK Curtain

 

SKIP THIS AD ×