berita

‘Tak Habis-Habis Jahanamkan Hidup Aku’ – Adam Shahz Naik Angin, Dakwa Dibomoh Bekas Isteri

February 14th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pelakon filem Juvana ini dikatakan mengamuk di laman Twitter miliknya semalam. Berdasarkan beberapa tweet miliknya, Adam Shahz seolah mempunyai masalah peribadi dengan bekas isteri yang dikatakan dirinya telah dibomoh. Apa sudah berlaku antara Adam Shahz dan bekas isteri?

Bahaya kalau sudah melibatkan bomoh ini. Dia turut mendakwa bahawa bekas isteri berlaku curang tanpa pengetahuan Adam selama ini.

Tiba giliran aku pula

Adam telah menerima laporan polis yang menyatakan dia menggangu bekas isteri. Dia turut kesal dengan tindakan bekas isteri yang sering melemparkan fitnah terhadap dirinya.

Jangan babitkan aku dan keluarga

Pelakon ini memberi amaran kepada bekas isterinya untuk menghentikan segala fitnah yang telah dilemparkan. Malah, dia turut kesal apabila bekas isteri tidak mengaku salah dan berpura-pura kelihatan seolah mangsa keadaan.

Cantik statement

Adam turut mengakui bahawa dia masih lagi menyimpan segala mesej bersama bekas isteri. Dimana mesej tersebut berkemungkinan boleh menjadi bukti dalam kes antara mereka. Malah, dia juga memberi peringatan agar bekas isteri tidak mengganggu Adam dan keluarganya lagi.

Credit: Twitter Adam Shahz

Most Read Today