berita

‘Tumpah Darah Tak Henti’ – Terpaksa Serah Diri, Bila Diperiksa Rupanya Pasangan Ini Tanam Anak Baru Lahir

December 5th, 2017 | by Shafika | 0 comments
75.4K
reads
5.9K
shares
Kini Trending

Gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru. Golongan remaja khususnya seakan tidak dapat lari dari masalah yang melibatkan etika dan moral. Justeru itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membendung anak-anak daripada terus terjerumus.

Di facebook, Baitus Solehah ada berkongsi kisah yang sangat mengejutkan. Bayangkan lelaki ini sanggup tanam bayinya yang baru lahir demi menutup kegiatan maksiat. Lebih menyedihkan, kedua pasangan yang masih muda ini seperti tiada perasaan.

Budak perempuan serah diri

Budak lelaki nampak baik

 

Teman Lelaki Tanam Bayi Baru Lahir

Jam hampir 12.00 tengahmalam, saya dikejut berita sepasang kekasih ke Jabatan Kecemasan kerana pasangan perempuan mengalami tumpah darah. Kononnya mengalami pendarahan.

Selepas scan, Bila cek vigina dan batuk, terus terkeluar uri. Melihat kepada keadaan uri, perempuan ini baru melahirkan anak dan kandungan dalam lingkungan 8 bulan.

Selepas dilahirkan teman lelaki bertindak menanam bayi yang baru dilahirkan di sebuah kampung.

Pengajaran dari kejadian ini,

1. Cerita ini tidak terbongkar sekiranya teman perempuan tidak mengalami tumpah darah.

2. Tidak sesiapa pun yang tahu apa sebenarnya akan berlaku apabila telah mengandung, samada hidup atau mati, samada selamat atau koma.

3. Jangan pandang mudah, dah berzina, beranak, anak boleh ditanam hidup hidup untuk tutup cerita.

4. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Tidak akan membiarkan maksiat berterusan.

Maka mana mana pasangan kalau dah berzina jangan pandai pandai nak tutup maksiat dengan menyembunyikan kandungan dan kelahiran. Cukup cukup sudah dosa dosa yang dilakukan, bertaubatlah!

Sabit kesalahan pasangan ini ialah menyembunyikan kelahiran hingga menyebabkan kematian. Membunuh!

Ummi Yang Berkongsi Cerita,

Muna liza binti Ismail,

Mak Liza

BaitusSolehah

Sumber : BaitusSolehah

 

Most read today

Recommended for you