berita

[VIDEO] ‘Sebelum Aib Tarik Handbrake Dulu’ Azad Jasmin Seru Peminatnya Jangan Sebar Aib Farid Kamil

January 12th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Isu pelakon, Farid Kamil yang ditahan reman kerana menyerang anggota polis dan orang awam menjadi topik paling hangat yang diperkatakan sepanjang hari ini. Wajah Farid juga terpampang di dada-dada akhbar tempatan berikutan isu yang mengejutkan ini.

Lantaran itu, ramai rakan artis terpanggil untuk memberi komen mereka mengenai isu ini termasuklah pelakon komedi, Azad Jazmin. Azad telah memuat naik satu video di Instagramnya menyeru supaya peminatnya untuk tidak menyebarkan aib atau berita palsu mengenai Farid kerana ia melibatkan nama baik keluarga pelakon tersebut.

Hormat family Farid

Azad memberi tahu peminatnya untuk tidak mengaibkan Farid bagi menghormati isteri dan anak-anak pelakon utara tersebut.

Hari ni mungkin salah Farid Kamil. Esok lusa mungkin salah saya atau salah anda.

Sebelum kita nak sebar aib tu, tarik handbrake dulu. Kita fikir dulu sebab kita pon ada anak bini nak kene jaga.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik itu yang the best.

Setuju nasihat Azad

Sumber: Azad Jasmi

Most Read Today