berita

100% Halal & Dapat Pengiktirafan JAKIM, “bekal by foodpanda” Sediakan Lebih 5,300 Pilihan Vendors!

September 19th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Mencari makanan yang halal adalah satu kewajipan termasuklah sumber makanan dan proses penyediaannya.

Namun, ramai yang terlepas pandang bab penghantaran makanan sedangkan ianya merupakan salah satu proses yang perlu diambil kira. Bayangkanlah jika makanan yang kita pesan dihantar bersama-sama makanan yang tidak halal, nak makan pun rasa ragu-ragu, betul tak?

bekal by foodpanda platform penghantaran halal pertama di Malaysia.

 

Bagi pengguna Muslim sekarang, korang dah tak perlu rasa bimbang atau tak yakin kerana kita dah ada bekal by foodpanda.

Kalau korang nak tahu, penghantaran bekal by foodpanda hanya dibuka kepada rakan kongsi yang disahkan memiliki sijil halal sahaja.

bekal by foodpanda menyediakan lebih 5,300 pilihan vendors makanan halal dan mereka merupakan satu-satunya platform penghantaran makanan di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Rider perlu jalani latihan!

Macam mana korang nak kenal abang-abang rider bekal by foodpanda? Mudah je, diorang pakai baju dan bawa beg makanan berwarna kuning dan merah jambu dengan logo bekal by foodpanda.

Abang-abang rider ni siap dapat latihan Asas Kesedaran dan Pematuhan Halal, Sertu dan juga Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Makanan bagi memastikan korang puas hati dengan servis penghantaran mereka dan makanan yang diterima.

bekal by foodpanda mahu lebarkan sayap!

Mahu meluaskan lagi perkhidmatan mereka keseluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2023, bekal by foodpanda menyasarkan sekurangnya 6,000 restoran dan rakan kongsi di seluruh negara.

Risau makanan yang dipesan diletakkan dalam satu beg penghantaran yang sama dengan makanan yang tidak halal?

Haaa…Jangan risau, lepas ni untuk semua pelanggan Muslim boleh lah order bekal by foodpanda ni tiada apa nak di was-waskan. Tunggu apa lagi, jom order makanan korang dengan foodpanda sekarang. Yang paling penting halalan toyyiban!

Ini app yang berbeza ke? Eh tak! Muat turun aplikasi foodpanda hari ini dan nikmati makanan halal dengan rasa yakin sekarang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan bekal by foodpanda boleh didapati di SINI.

SKIP THIS AD ×