Tanggal 24 April merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh peminat filem Avengers apabila filem tersebut bakal ditayangkan di seluruh negara. Filem Avengers Endgame arahan Anthony Russo dan Joe Russo itu, merupakan filem terakhir karakter Marvel. Oleh itu, filem ini dianggap sebagai karya istimewa mereka. Wow mesti best!
Notis mengenai larangan merakam filem berkenaan telah dikeluarkan oleh penerbit bagi memastikan semua peminat Avengers menghayati filem itu. Buat mereka yang sudah menonton filem tersebut, mereka diminta supaya merahsiakan jalan cerita filem berkenaan. Namun di Johor, 11 orang individu diberikan amaran selepas cuba merakam filem tersebut pada hari pertama tayangan.
Pemeriksaan di pawagam
Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro telah melakukan pemeriksaan di pawagam terpilih di negeri tersebut sewaktu tayangan pertama berlangsung.
KPDNHEP Johor melaksanakan pemeriksaan di panggung wayang terpilih di Johor Bahru ketima tayangan filem Avengers Endgame pada 24 April 2019. Pemeriksaan ini dibuat bagi mencegah cubaan merakam di dalam panggung wayang.
Tangkapan seorang wanita
Di Twitter, seorang wanita dipercayai ditangkap oleh pihak KPDNHEP selepas didakwa merakam filem Avengers Endgame menggunakan telefon bimbitnya di pusat beli belah di Bukit Indah.
Malaysia Book of Records
Bagi menghargai peminat Avengers di Malaysia, sebanyak 300 dron Intel Shooting Star berbentuk adiwira dan simbol diterbangkan ke ruang udara Kuala Lumpur. Antara karakter yang diterbangkan ialah Avengers, Iron Man, Captain America, Thor dan Hulk.
Persembahan dron tersebut telah dicatatkan di Malaysia Book of Records sebagai Persembahan Cahaya Menggunakan Dron Paling Banyak. Setakat ini hampir RM 10 juta kutipan sudah diperoleh melalui tayangan di negara ini.
Sumber : Harian Metro