berita

Menurut Statistik, 257 Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

February 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Gangguan seksual merupakan perbuatan seksual yang bukan berlandaskan sukarela mangsa. Malah, ianya merupakan perbuatan negatif boleh memberi kesan kepada mental mangsa. Kita sering mendengar berita gangguan seksual yang dilakukan lelaki terhadap perempuan di tempat kerja.

Menurut sumber Berita Harian, seramai 257 pekerja menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja dalam tempoh lima tahun yang direkodkan antara 2013 hingga 2017.

31 kes sudah dituduh

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan 961 pekerja wanita menjadi mangsa dengan jumlah keseluruhan dalam lima tahun itu adalah 1,218 kes.

Dalam 1,218 kes ini terdapat 1,271 suspek, di mana 1,215 adalah lelaki dan selebihnya iaitu 57 suspek adalah wanita.

Daripada 1,218 kes ini, 1,187 kes masih lagi dalam siasatan dan 31 kes sudah dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Laporan masa yang lama

Beiau percaya masih ramai mangsa tidak membuat aduan berikutan proses membuat laporan serta siasatan terhadap pelaku mengambil masa yang lama.

Mangsa terpaksa berdepan pesalah laku di tempat kerja sepanjang tempoh siasatan dilakukan, sekali gus mengakibatkan mangsa mengalami trauma berganda termasuk kesan daripada pandangan rakan sekeliling.

Terdapat juga kes mangsa adalah pegawai yang bekerja di bawah seliaan pesalah laku seperti ketua jabatan…mangsa akan bimbang sekiranya gangguan seksual dilaporkan, mereka akan hilang kerja serta potensi berkembang akan dihalang.

Gubal akta

Kini kementerian beliau sedang menunggu hasil kajian kesan, yang akan dijadikan panduan dalam menggubal Akta Gangguan Seksual supaya kelemahan perundangan dan peraturan sedia ada dapat diperbaiki.

Akta yang bakal digubal juga akan menumpukan kepada menghukum pihak yang mendiamkan laporan atau aduan salah laku, memendekkan Prosedur Operasi Standard (SOP) masa siasatan dan memperbaiki mekanisma untuk memudahkan mangsa membuat laporan.

Namun, apa yang lebih utama ialah akta ini perlulah munasabah untuk diguna pakai oleh pengadu atau mangsa gangguan seksual.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×