berita

5 Foto & Video Palsu Mengenai Nahas Pesawat Lion Air JT-610 Yang Dikongsikan Di Media Sosial

October 30th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Beberapa jam selepas pesawat Lion Air JT-610 dilaporkan terhempas, beberapa foto serta video yang dikatakan sebagai ‘momen sedih’ di saat kapal terbang jatuh telah mendapat ramai perkongsian di laman sosial media seperti Facebook, Twitter dan aplikasi Whatsapp.

Namun, sebagai seorang pengguna sosial media yang bijak dan bertanggungjawab, kita tidak seharusnya percaya 100% dengan apa yang dikongsikan. Ini antara kisah benar disebalik foto dan video yang dikaitkan dengan pesawat Lion Air JT-610.

Foto bangkai pesawat

Tidak lama selepas kemalangan berlaku, beberapa blog di laman sosial media telah berkongsi foto bangkai pesawat seperti diatas. Menerusi Twitter Sutopo Purwo Nugroho, dia berkata bahawa foto itu yang mengaitkan dengan pesawat Lion Air JT-610 adalah palsu. Sebenarnya foto diatas adalah pesawat Lion Air JT-904 yang alami musibah di Bandar Udara I Gusti Ngurah Rai, Bali pada 13 April 2013.

Foto penumpang pakai mask keselamatan

Selain foto bangkai pesawat yang tersebar di sosial media, foto penumpang pesawat diatas juga mendapat banyak perkongsian di sosial media dimana mereka sempat mengambil swa-foto sebelum pesawat terhempas. Namun itu semuanya tidak benar. Foto diatas ialah penumpang pesawat Sriwijaya ketika menghadapi turbulensi tidak lama dahulu. Semua penumpang dan pesawat dilaporkan selamat.

Foto bayi menangis

Video penumpang panik

Video ini antara yang mendapat perkongsian di Facebook, Twitter dan Whatsapp apabila footage diatas dikatakan momen sebelum pesawat terhempas. Tetapi menurut Sutopo, video diatas adalah dari penumpang pesawat Lion Air JT 353 Padang-Jakarta yang turut mengalami turbulensi. Semua penumpang di dalam pesawat itu dilaporkan selamat.

Video pesawat tergelincir masuk dalam laut

Ini antara salah satu video yang mendapat perkongsian ramai di Facebook dimana video dikatakan dirakam oleh seorang nelayan. Namun, menerusi Facebook Indonesia Hoaxes terbukti video itu adalah palsu. Kejadian sebenar adalah merupakan pesawat Ethiopian Airlines Flight 961 yang mengalami kecelakaan pada 1996.

Sumber: KOMPAS.com

The following two tabs change content below.