berita

Korang Terlalu Baik? Ini 7 Tanda Korang Dipergunakan Oleh Kawan

April 24th, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

terlalu baik sebab tu dipergunakan

Kat dunia ni ada kawan yang layak dipertahankan dan ada juga kawan yang wajib ditinggalkan. Kalau korang ada kawan yang suka gunakan korang dalam persahabatan, seeloknya putus kawan je. Eh dia ingat kita ni pensel ke nak gunakan kita sesuka hati?

Korang mesti nak tahu ciri-ciri kawan yang menggunakan kawan kan? Nah, 7 tanda-tanda korang dipergunakan dalam persahabatan.

1. Selalu bergantung pada korangtolong harus berpada-pada

Meminta pertolongan kawan tu tak salah, tapi korang kena tahu batas atau limit pertolongan yang boleh diberikan. Kalau semua benda nak ditolong dan disuap, memang jelas diorang bergantung dan gunakan korang.

2. Mempergunakan kelebihan yang korang adagunakan kebaikan yang korang ada

Korang ada handphone, kereta atau senang cerita korang orang senang lah! Pastu member tu asyik nak menempel je nak pinjam itu ini sampai kadang-kadang dah macam hak dia pulak. Memang sah kawan tu nak gunakan korang je!

3. Hanya wujud di saat diorang memerlukan

wujud saat diperlukan

Ciri ni sangat berbeza dengan sahabat sejati korang. Spesis kawan guna kawan ni, biasanya hanya wujud waktu diorang perlukan sesuatu daripada korang. Mati-mati lah kita ingat dia dah tak wujud, eh tetiba wujud pula waktu dia susah. Haha :p

4. Korang bukan orang penting

korang bukan orang penting

Haa point ni lebih kurang dengan point yang ketiga. Kawan yang pergunakan korang ni tak rasa pun korang penting bagi diorang. Tapiiiii, korang tetiba jadi penting bila diorang memerlukan pertolongan daripada korang. Ajaib bukannn? Haha

5. Acah sibuk bila korang minta tolong

busy on the bed

Ni sis memang bengang eh. Bila korang nak minta tolong sikit diorang bagi macam-macam alasan. Amboi yang tak tahannya, kemain acah je sibuk 24/7. Padahal tengah terbongkang atas katil. Eee menyampah okay! Fake!

6. Korang dianggap ATM bergerak

korang adakah atm bergerak

Soal pinjam meminjam ni memang boleh bawak gaduh tau. Korang yang jenis banyak duit hati-hati, sebab mungkin korang jadi ATM pada diorang. Sekali dua mungkin boleh terima. Tapi kalau banyak kali, buat panas hati je. Lepas tu, liat nak membayar. Eh suka hati dia je!

7. Korang tak diajak bila berbincang

pandangan korang tak penting

Apa-apa dalam perbincangan mesti diorang tak peduli pendapat korang. Sebab bagi diorang, korang akan sentiasa setuju dengan apa-apa cadangan. Tipulah kalau tak terasa wei!

done share

Korang ada tak kawan spesis macam yang sis Katy share ni? Kalau ada, bawa-bawalah sedar diri dan larikan daripada persahabatan acah-acah tu. Buat penat dan membazir masa je dengan orang macam tu. Chill, ramai lagi kawan yang ikhlas kat luar sana!

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.