Mesti korang semua setuju dengan admin bila korang tengah makan something tiba-tiba gigi jadi sensitif, memang boleh jadi mood killer dalam kehidupan seharian kita.
Itulah tanda ketidakselesaan gigi apabila korang rasa sakit yang cepat dan tajam ketika menikmati makanan atau minuman sejuk serta panas.
Menurut Kajian Kesihatan Pergigian Kebangsaan Orang Dewasa Malaysia, 75% rakyat Malaysia tidak sedar akan pentingnya penjagaan kesihatan gigi dan 9 dalam 10 orang dewasa rakyat Malaysia turut mengalami penyakit berkaitan kesihatan gigi seperti penyakit periodontal dan karies gigi.
Gejala ketidakselesaan gigi boleh dielakkan melalui penjagaan kesihatan gigi yang baik dan ia hendaklah bermula sejak dari kecil walaupun masyarakat sering pandang remeh tentang kebaikan penjagaan gigi dan kesihatan mulut yang baik.
Mari admin terangkan kaedah mudah bagi mengenali asas penjagaan gigi dan mulut yang baik.
Kurangkan pengambilan gula!
Kita sering kali dengar gula antara punca utama kaviti mula terbentuk dan akan mengakibatkan gigi kita sakit.
Ini kerana, kaviti muncul apabila lebihan melekat di gigi dan akan menggalakkan bakteria untuk menghasilkan asid untuk menipiskan enamel gigi.
Jadi sebenarnya pengambilan gula tidak menyebabkan kaviti pada gigi kita pun.
Makanan atau minuman bergula boleh menyebabkan kerosakan pada gigi korang dan akan menambah rasa ketidakselesaan pada gigi sensitif korang.
Kerosakan tambahan pada gigi sensitif akan berlaku jika korang kerap mengambil makanan atau minuman bergula secara konsisten. Ini kerana lebihan makanan dan minuman melekat di gigi kita akan menggalakkan bakteria untuk menghasilkan asid untuk menipiskan enamel gigi.
Bila enamel gigi menipis, ia boleh menyebabkan gigi berlubang sekaligus baketria boleh memasuki ke dalam rongga gigi meningkatkan ketidakselesaan gigi yang lebih tajam.
Berus gigi korang dengan lebih teliti!
Kaedah pemberusan gigi secara teliti hendaklah diterapkan dan korang kena pastikan korang berus sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi memastikan gigi korang berada dalam keadaan bersih.
Tapi korang kena pastikan korang tidak berus gigi secara kasar kerana ia boleh merosakkan dan menyebabkan gusi bengkak dan mula berdarah akibat tekanan berus yang kuat pada gigi kita.
Gusi yang bengkak dan berdarah seterusnya akan mengundang pelbagai penyakit mulut yang telah menjejaskan hampir 3.5 billion orang di seluruh dunia menurut kajian daripada Global Burden of Disease Study pada tahun 2019.
Jadi, admin sarankan korang guna berus gigi lembut dan berus secara teliti.
Elakkan makanan dan minuman yang meninggalkan kesan pada gigi
Menurut World Health Organizations (WHO), dianggarkan 2 billion orang mengalami karies gigi kekal iaitu kerosakan kekal pada permukaan keras gigi yang boleh berkembang menjadi lubang kecil
Jadi, untuk meningkatkan tahap kesihatan gigi serta mulut kita korang kena elakkan makanan atau minuman yang dapat meninggalkan kesan pada gigi kita.
Makanan dan minuman tertentu mempunyai warna yang kuat kerana komponen chromogens boleh mengotorkan gigi kita. Selain itu, kesan asid daripada makanan dan minuman akan menambah ketidakselesaan pada gigi kita dan meningkatkan kehilangan warna putih semulajadi gigi kita.
Jadi, admin sarankan untuk korang kurangkan pengambilan minuman seperti teh ataupun kopi kerana ia meninggalkan kesan pada gigi kita dan korang perlu floss bagi mengekalkan gigi korang dalam keadaan bersih, selesa dan jauh dari ketidakselesaan gigi.
Korang boleh lawan ketidakselesaan gigi bersama Sensodyne dan tonton rancangan Helo Doktor Gigi!
Haa..lepas korang dah baca ni semua, korang kenalah rajin-rajin jaga kebersihan gigi. Korang boleh kurangkan rasa gigi sensitif dan ketidakselesaan pada gigi korang.
Nak lebih tips tentang penjagaan gigi dan kebersihan oral?
Sensodyne bawakan rancangan terbaru, Helo Doktor Gigi yang akan memberikan tips tentang penjagaan gigi dengan betul dan memberi info penting bagi menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Bersama host Zaim Zaini dan tetamu undangan, Dr. Bryan Wong akan membincangkan topik-topik dan kaedah penjagaan gigi dalam memastikan senyuman korang kekal manis dan kesihatan orang yang lebih baik.
Jadi, jangan lupa saksikan rancangan Helo Doktor Gigi di TV3! Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang ini.