berita

Aida Enggan Bertemu Wanita Yang Dikaitkan Dengan Adi Putra

September 10th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Movie KL Gangter 2-63

Semakin hari, semakin hangat isu skandal Adi Putra dipersoalkan oleh media-media tempatan dan sewaktu bertemu ditayangan filem KL Gangster 2 semalam, pelakon tersebut dan isterinya, Aida Yusof telah tampil menjelaskan segala spekulasi yang timbul.

Menurut Aida, pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan dan sebagai isteri, dia akui tidak terkejut dengan isu tersebut kerana memang sedia maklum suaminya mempunyai ramai peminat.

Saya seperti biasa. Sebelum ini saya pun dah cakap biarkan spekulasi ini berterbangan. Kita tak tahu pihak mana yang betul dan mana yang salah. Benda ini akan dileraikan kemudian apabila siasatan dah dijalankan dan kita dah tahu keputusanannya. Keputusan akan diberitahu secepat mungkin.

Saya tak terkejut. Saya tahu Adi memang ramai peminat. Macam-macam benda boleh jadi dan biarkan pihak atasan (pihak polis) jalankan siasatan. Bila dah dapat, barulah kita akan tahu dan semuanya akan dileraikan.

Saya rasa tak perlu nak berjumpa wanita itu. Saya tak ada sebab apa-apa dan saya tak kenal siapa dia.

Movie KL Gangter 2-62

Adi Putra akan keluarkan kenyataan media

Dalam pada itu, Adi Putra turut berjanji akan mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan segala perkara yang berlaku dan dalam masa yang sama, aktor tersebut turut melahirkan rasa kasih terhadap isteri tercinta kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan begitu sempurna.

Dakwaan tentang dituduh itu saya serahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan sebab saya tak ada kuasa. Negara kita mempunyai undang-undang untuk teruskan siasatan secara terperinci dan saya tidak akan ceritakan dengan lebih lanjut sebab itu boleh mengaibkan. Jadi, biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan.

Suatu hari nanti saya akan buat kenyataan media (press release) apabila siasatan dah tamat. Biar saya mulakan dan akhirkannya tanpa ada koma-koma dan itu adalah penutupnya.

Apa yang boleh saya katakan di sini adalah satu perkataan untuk isteri yang saya hormati, sayangi dan cintai, buat masa sekarang dia melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya pun tak nak dia tertekan sebab ramai yang bertanya.

Bagaimanapun Adi akui kontroversi seperti itu langsung tidak menjejaskan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon, malah menyerahkan segala rezeki di tangan yang maha Esa.

Pasangan suami isteri ini turut menjelaskan bahawa, mereka akan bercuti ke luar negara dan sekaligus membuktikan bahawa rumahtangga mereka masih lagi utuh meskipun dihimpit dengan pelbagai kontroversi.

SKIP THIS AD ×