berita

#AJL37: ‘Marsha Milan, Ernie Zakri Dan Aina Abdul’ – Siti Nurhaliza Buat Ramalan Untuk Vokal Terbaik

February 11th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Debaran kian terasa dalam menantikan kesemua finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) mempersembahkan kekuatan masing-masing di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad ini.

Artikel Berkaitan: Berjaya Jadi Finalis AJL, Iman Troye Nafi Riak

Artikel Berkaitan: Ramalan AJL37: Perang Vokal Bakal Berlaku! ‘Satu Malam Di Temasek’ Bakal Cipta Kejutan, Calon Juara?

Artikel Berkaitan: #AJL37: Marsha Kunci Mulut Tentang Gimik ‘Kembali Terang’, Janji Takkan Terbang & Lari Atas Pentas

Ramalan Tokti

Menerusi hantaran individu di TikTok, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai TokTi membuat ramalan untuk AJL37 bagi kategori vokal pilihan beliau di Live Instagramnya (IG).

Di video itu, TokTi menyatakan bahawa dirinya kurang mendengar lagu-lagu yang dipertandingkan dan sukar buatnya untuk membuat ramalan.

Ada lagu finalis-finalis ini yang kurang familiar untuk saya. Saya tak dengar selalu lagu mereka, jadinya, sebab itu saya tak boleh nak bagi ramalan.

Tapi vokal saya tahu. Marsha, Aina Abdul dan Ernie. Ini yang power-power ni. Tiga tiga ada peluang untuk menang.

Dalam pada itu, TokTi sempat membelanja beberapa rangkap lagu oleh Aina Abdul ‘Terus Hidup’ selepas ramalannya terhadap kategori vokal terbaik.

@yanaothmannn

Comelnye Tokti Bagi Ramalan AJL37. Siap nyanyi lagu salah seorang lagu Finalist! heheh Jom semua pegi Konsert Bulan Bintang ok! Support Konsert Kerohanian ??ajl37 #fyp #fypage #fyp? #anugerahjuaralagu37 #ctdk #tokti

? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Sumber: Tiktok @yanaothmannn & Instagram @ctdk

SKIP THIS AD ×