Sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis bersama perdana menteri Dato’ Seri Najib, lelaki ini ternampak satu kemalangan melibatkan sebuah kereta kancil dan lori.
Kereta kancil tersebut mengalami sedikit kerosakan manakala lori tadi terus memecut lari. Tak sampai hati melihat wanita yang terlibat dalam kemalangan tersebut, lelaki ini menghulurkan bantuan. Namun apabila ditanya mahu ke mana, jawapan yang diberi sungguh meruntun hati.
Tenangkan keadaan
Dalam perjalanan Show Raya bersama Dato’ Seri Najib, ada kemalangan depan saya. Lori laju menghimpit lorong kiri secara tiba-tiba, dan menyebab sebuah kancil yang di pandu seorang wanita terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Lori terus melarikan diri dan di kejar beberapa buah motor. Saya terus ke tepi untuk menolong wanita tersebut.
Tayar belakang pecah, bahagian kiri kereta agak remuk tapi enjin masih hidup. Saya lihat ada bayi di belakang, anak yang duduk dihadapan luka sedikit dan pemandu wanita tiada apa-apa.
Saya dah lewat! Gelisah melihat jam, takut tak sempat sampai putrajaya. Tapi saya tak mampu lihat dia bersama anak-anaknya. Saya tak cakap apa-apa, hanya membantu menenangkan wanita tersebut. Dia tiba-tiba meraung dan menjerit. Yang lain tidak membantu kerana mungkin masing-masing sibuk mengejar masa ke tempat kerja. Saya pening!
Perlahan-lahan saya tenangkan dia. Saya cakap bersabar kak. InsyaAllah saya ada, akan bantu apa-apa. Saya tak dapat buat apa-apa, melainkan menenangkan dia yang dah terduduk di tepi kereta. Ingat Allah, Allah…Allah sayang kita kak..itu sahaja. Saya juga nak menangis dah sekali! Saya tahan mana-mana kereta semua tak berhenti.
Akak nak ke mana?
Akhirnya, saya terpaksa masuk dalam kereta tenangkan anaknya yang menangis dan baby yang dah mula merengek. Saya duduk depan dia, saya cakap ‘ Kalau sayang anak-anak ni, kuatlah kak. Akak kena kuat. Allah ada, saya ada. Berhentilah menangis, saya tak tau nak buat apa ni’.
Panjang lagi kalau nak cerita. Setelah keadaan berjaya ditenangkan, tayar saya dah tukarkan, buatkan susu untuk anaknya ( mujur sebelum keluar saya ada beli susu untuk alas perut, saya masukkan susu kotak dalam botol anaknya), saya pastikan dia ok dan boleh teruskan perjalanan, barulah saya bertanya.
‘ Akak nak ke mana? ‘
Dia menangis lagi.
‘ Takpe-takpe kak. Akak jalan dulu’
Tiba-tiba dia berkata
‘ Doakan saya. Nak ke jabatan agama ni. Suami nak ceraikan hari ni ‘.
Saya terdiam, perlahan-lahan kereta itu berlalu..
Jadilah lelaki yang baik, kerana hari ini dunia memerlukan lelaki yang baik.
Sumber : Abu Hurairah Asifa