Minggu lalu, mentor Aizat Amdan dan Datuk Syafinaz sudah pun memilih protege mereka. Percaturan Aizat dilihat sedikit menarik apabila kedua-dua protogenya itu merupakan dikalangan penyanyi jalanan (busker). Manakala, Datuk Syafinaz memilih Lazarul, seorang perniaga muda dan Ranisha yang juga merupakan juara Idola Kecil 2012.
Artikel Berkaitan : Tunjuk Ajarku Sifu! Mentor Kembali Lagi Untuk Musim Ketujuh
Untuk minggu ini, giliran mentor Siti Nordiana dan Hafiz Suip pula mencari protege mereka. Siapa yang dipilih mereka?
Protege Siti Nordiana
Pada konsert semalam, Siti Nordiana telah memilih protege Taufiq Rodzi yang menyanyikan lagu Lebih Sempurna dari Syamel. Persembahan itu berjaya memukau penonton sehingga mendapat pujian ramai. Kelantangan suara yang dilontarkan cukup membuatkan kenapa dia patut dipilih.
Protege Hafiz Suip
Hafiz pula mengekalkan Mohd Amal Mohd Faudzi dan Muhammad Azmirul Hafiz Azman ke konsert minggu ketiga, Ahad depan. Masing-masing menyanyikan lagu Ghazal Asmara dari Jamal Abdillah dan Jadi Aku Sebentar Saja dari penyanyi Indonesia, Judika. Kedua-dua protege dipilih Hafiz ini mempunyai aura mereka tersendiri sehingga menjadi bualan hangat netizen di laman Twitter.
Siti Nordiana dan Hafiz telak diberi hak 100 peratus untuk memilih dua protege beraksi pada minggu seterusnya. Kedua-dua mentor itu tidak memilih protege wanita mereka, Nurshamimi Abdul Manan dan Siti Nurnadia Mohd Rozi menyebabkan mereka tersingkir.
Siapa bakal juara?
Undian sebenar Mentor 7 akan bermula minggu depan dengan permarkahan berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).
Jangan lupa saksikan Mentor yang akan bersiaran setiap Ahad selama 2 jam bermula 9 malam hingga 11 malam untuk melihat protege anda berentap. Siapa agaknya akan bergelar Juara Mentor musim ke 7 ini?