berita

‘Aku Mungkin Tak Sama Dengan Arwah Suami Mung..’ – Issey Selamat Bernikah Dengan Ibu Tunggal

December 22nd, 2019 | by Shafika
Lensa Insta

Hari ini penyampai radio Suria FM Issey Fazlisham telah selamat bergelar suami kepada pasangannya Noor Aimi Jamel yang merupakan seorang ibu tunggal. Majlis yang tertempat di Calamaya Garden, Kota Bharu menyaksikan kedua mempelai ini selamat diijabkabul dengan sekali lafaz.

Berkonsepkan dalam taman, majlis itu dilihat cukup indah dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat. Tahniah buat Issey dan isteri!

Selamat bernikah

Buat pengetahuan semua, Issey pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini namun perhubungan mereka tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Manakala Aimi pula sudah dua tahun kematian suami dan memiliki tiga orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Kahwin dengan ibu tunggal

Issey telah memberikan sebentuk cincin dan senaskah al-Quran sebagai mas kahwin kepada Aimi serta dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim.

Kenalan lama

Menurut Issey, dia telah mengenali isterinya sejak dibangku sekolah lagi. Dia turut akui pernah cuba ‘tackle’ isterinya dahulu ketika zaman persekolahan. Namun siapa sangka jodoh mereka kuat akhirnya bersatu sekarang.

Tahniah

Apa apa pun kami di team Oh!Bulan mengucapkan tahniah buat kedua mempelai ini. Semoga perkahwinan ini diberkati sehingga ke Jannah.

Sumber : #Isseyxaimi