berita

Foto : Almy Nadia Hiasi Majalah Remaja Edisi Oktober 2012

October 1st, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Almy Nadia, siapa tidak kenal dengan artis jelita ini. Beliau yang merupakan kekasih kepada Fizz Fairuz kini tampil glamor dan memukau menghiasi majalah Remaja keluaran kali ini.

Tampil mempesona, pelakon berbakat besar Almy Nadia telah dipilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja untuk edisi bulan Oktober 2012

Bagi anda yang gemarkan gaya pastel, isu yang dikupas dalam majalah Remaja edisi Oktober ini bakal membawakan ilham dan tips fesyen pastel untuk digayakan anda.

Selain itu, kepada anda yang sukakan diri kelihatan cantik bertudung juga bakal mendapat imbuhan apabila majalah Remaja kali ini memberikan tutorial ikatan tudung dalam Bonus Ekstra Scoop.

Tidak cukup? Antara isu yang bakal dikupas adalah cinta songsang, tip untuk si ‘single’ dalam Cinta Oh Cinta, cerita album baru Hujan dan artis lain dalam Showbiz, DIY Jam Unik dalam Idea Hujung Minggu, dan banyak lagi info menarik.