berita

Antara Produk Best Untuk Korang Grab Sempena Promosi Online Exclusive 11.11 Di Magicboo

October 30th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Semua orang nakkan kulit muka yang cantik dan sihat. Oleh itu, korang kenalah jaga kebersihan kulit wajah korang. Lagipun kulit muka kita banyak terdedah kepada pelbagai kotoran setiap hari. Lebih-lebih lagi kalau bersolek, memang kena bersihkan betul-betul.

Haa.. Dah terfikir nak cari produk kecantikan dan penjagaan diri la tu. Tak payah susah cari sana sini sebab kami nak bagitahu yang korang boleh dapatkan produk-produk ini dengan harga promosi yang berbaloi tau. Paling syok, beli secara online je!

Rebut promosi Online Exclusive yang gempak di Magicboo segera!

Korang yang selalu beli barang secara online mesti biasa dengan promosi 11.11 kan? Magicboo juga tak ketinggalan! Promosi hebat Online Exclusive 11.11 akan berlangsung di Laman Web Magicboo bermula 30 Oktober 2020 hingga 11 November 2020. Korang jangan terlepas okay!

Untuk pengetahuan korang, Magicboo merupakan antara peneraju utama beauty hypermarkets di Malaysia dan Singapura. Aneka produk kecantikan dan penjagaan diri dijual dengan harga berpatutan. Jenama diimport dari luar negara okay. Bukan biasa-biasa tau!

Terhad kepada 11,000 unit untuk direbut!

Take note! Sebanyak 11,000 unit ditawarkan sewaktu promosi Online Exclusive 11.11 di Magicboo. Unit terhad tau, jadi kena cepat rebut produk yang korang nak. Jangan tangguh, takut nanti korang menyesal sebab ada banyak promosi dengan harga RM11 je. Macam-macam yang korang boleh angkat!

Tak sabar nak tahu produk apa yang ditawarkan? Kat sini kami akan bongkarkan untuk korang. Ni antara produk menarik yang ditawarkan sewaktu promosi Online Exclusive 11.11 di Magicboo.

EVOLUDERM WIPES
(MAKE UP REMOVER/MICELLAR WATER CLEANSING)

Ladies wajib ada Evoluderm Wipes dalam beg. Produk 100% dari Perancis ini diuji khas secara dermatologi untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Ia membantu menghilangkan kesan solekan dengan berkesan. Lepas guna, wajah korang akan lebih bersih, lembut dan segar.

EVOLUDERM
(MICELLAR CLEANSING WATER/GENTLE EYE MAKE-UP REMOVER/GENTLE MAKE-UP REMOVER)

Ketiga-tiga produk ini merupakan 100% dari Perancis yang diuji secara dermatologi untuk semua jenis kulit. Bagi kulit berminyak, gunakan Evoluderm Micellar Cleansing Water for Oily Skin dalam rutin kecantikan harian korang.

Nak hilangkan solekan bahagian mata dengan berkesan, pakai je Evoluderm Gentle Eye Make-Up Remover With Cornflower & Rose Floral Water. Mata pun jadi lebih segar dan cantik.

Evoluderm Gentle Make-Up Remover-Moist With Vitamin E for Normal Skin dirumus khas untuk kulit normal. Ia mampu menghilangkan kotoran dari wajah tanpa membuat kulit meradang. Muka jadi awet muda wei!

BIONSEN ZEN EMOTION BATH & SHOWER GEL
(ANTISTRESS/ENERGY EXPERIENCE/GOLD ELIXER)

Mahukan gel mandian yang menyegarkan? Dapatkan Bionsen Zen Emotion Bath & Shower Gel. Produk 100% dari Itali ini kaya dengan ekstrak semula jadi dan mineral yang antioksidan dan berkhasiat. Ia menjadikan kulit korang lebih lembut dan segar. Bionsen merupakan antara jenama eksklusif di Magicboo!

MAGICBOO ONE MINUTE TREATMENT

Jangan lupa grab produk eksklusif oleh Magicboo. Bukan senang nak dapat dengan harga promosi. Magicboo One Minute Treatment membantu melembapkan rambut secara menyeluruh ke setiap helai rambut. Rambut korang jadi lebih segar dan bersinar dengannya!

SKINESTICA AMPOULE SHEET MASK
(LAVENDER/ROSE/BEE VENOM/GREEN TEA)

Korang nak sheet mask terbaik? Kami rekomen Skinestica Ampoule Sheet Mask untuk korang. Produk ni 100% dari Korea tau. Antara pilihan yang ada ialah Lavender, Rose, Bee Venom dan Green Tea. Setiap satu mempunyai fungsi tersendiri.

Bagi kulit berjerawat, guna Bee Venom atau Lavender. Ia melembutkan kulit sensitif dengan mengawal sebum kulit dan melembapkannya. Bagi kulit sensitif, cubalah Green Tea. Ia membantu meningkatkan keseimbangan kelembapan kulit. Bagi kulit kering, gunalah Rose, ia meningkatkan penghidratan kulit.

LAGARTO CONCENTRATED WASH UP LIQUID

Suri rumah mesti suka ni. Lagarto Delicate Hands Concentrated Wash Up Liquid sangat lembut pada tangan dan digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk. Produk ni 100% dari Spain dan jenama Lagarto ni eksklusif di Magicboo. Paling menarik, jenama ni mempunyai pengalaman selama 100 tahun sebagai produk penjagaan rumah terbaik!

DERMOMED
ANTI BACTERIAL HAND WASH

Cuci tangan dah jadi kebiasaan sekarang. Memang patut ada Dermomed Hand Wash With Antibacterial Agent kat rumah. Produk 100% dari Itali ni diuji secara dermatologi dan dijamin dapat membersihkan tangan secara maksimum. Kulit sensitif pun boleh pakai. Jenama Dermomed ni jugak eksklusif di Magicboo tau!

SKINDOM 24K GOLD COLLAGEN SERUM (ANTI-WRINKLE)
& EYE REPAIR ROLLING ESSENCE

Nak muka awet muda kenalah pakai Skindom 24K Gold Collagen Serum (Anti Wrinkle). Produk ni mengandungi 99% emas tulen tau. Sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia membantu melembapkan kulit dengan lebih mendalam. Salah satu serum anti-penuaan yang hot selling di pasaran!

Keliling mata korang gelap? Hilangkan dengan Skindom Eye Repair Rolling Essence. Ia boleh meningkatkan ketegangan kulit di keliling mata korang dan menghilangkan lingkaran gelap keliling mata. Paling menarik, ada kesan pemutihan!

Paling menarik, kedua-duanya merupakan produk 100% dari Korea. Promosi untuk jenama Skindom hanya bermula 7 hingga 11 November 2020. Catit kat kalendar korang siap-siap!

Itu antara produk menarik yang patut korang dapatkan sewaktu promosi Online Exclusive 11.11 di Magicboo. Banyak kan?

Promosi GWP dengan hadiah menarik untuk jumlah pembelian tertentu!

Magicboo jugak ada promosi GWP (Gift With Purchase) yang menarik untuk korang rebut. Korang hanya perlu berbelanja dengan jumlah pembelian tertentu untuk tebus hadiah tersebut. Hadiahnya? Korang tengok kat gambar bawah ni. Tak boleh tolak langsung la!

Bukan tu je. Nak lagi best? Magicboo ada peraduan menarik untuk korang join!

Sertai Peraduan 11.11: SHARE & LIKE, ada peluang menang baucar!

Wow, Magicboo ada baucar menarik nak bagi korang! Jom join Peraduan 11.11: SHARE & LIKE yang Magicboo adakan ni. Peraduan ni berlangsung selama 11 hari, bermula 1 hingga 11 November 2020. Korang berpeluang memenangi baucar tunai RM10 dengan kod promo tanpa perbelanjaan minimum!

CARA SERTAI PERADUAN 11.11: SHARE & LIKE DI MAGICBOO

LANGKAH 1Share dan like post utama tentang promosi Online Exclusive 11.11 di Facebook Magicboo.

LANGKAH 2Screenshot dan letakkan pada bahagian komen.

*Seramai 10 pemenang akan diumumkan setiap hari.
*Tertakluk pada terma dan syarat.

Jom shopping produk di Magicboo secara online dengan harga berbaloi!

Take note! Promosi Online Exclusive 11.11 di Magicboo hanya boleh didapati secara online di Laman Web Magicboo bermula 30 Oktober 2020 hingga 11 November 2020. Pakat dengan keluarga dan kawan-kawan korang. Sekaranglah waktunya untuk borong produk yang korang nak dengan harga berbaloi!

Untuk info lebih lanjut, boleh klik mana-mana link di bawah:

Website: Magicboo

Facebook: Magicboo Beauty Malaysia

Instagram: @magicboobeauty

SKIP THIS AD ×