berita

Apa! Kena Kerja Masa Hari Raya? Orang Yang Kena Kerja Sewaktu Raya Je Boleh Rasai 5 Perkara Best Ini!

March 24th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Tak lama lagi lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri pasti akan berkumandang di corong-corong radio, siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah.

Tapi tahun ni tak dapat nak cuti raya lah, bos dah pesan awal-awal yang kena kerja. Sedih lah juga kena kerja di pagi raya.

Besar tau pengorbanan yang korang lakukan ni, nak buat macam mana kan dah nama pun kerja. Mungkin tahun ni korang kena kerja, mana tahu tahun depan giliran korang pulak yang dapat cuti.

Min tahu Hari Raya Aidilfitri merupakan musim perayaan yang amat dinantikan oleh ramai orang kerana ia adalah masa untuk bergembira serta berkumpul bersama keluarga betul tak?

Best ke kerja di hari raya?

Kalau nak diikutkan, ada juga diantara kita yang mengalami stres ketika menjelangnya sambutan hari raya yang dikenali sebagai ‘festive stress’ atau stress perayaan.

Hal ini berlaku sebab kena kerja di Hari Raya. Min faham perasaan korang dah lah stress bekerja lepas tu tak dapat nak beraya dengan yang tersayang.

Alahh…Nak risau apa hari raya memang lah setahun sekali je tapi ianya disambut selama sebulan kan? Haaa…Sepanjang bulan raya tu korang boleh je balik ke kampung beraya dengan keluarga yang tersayang.

Mesti korang tertanya-tanya best ke kerja di Hari Raya? Kita pandang dari sudut yang positif lah, kalau tanya min sama ada best ke tak kerja di pagi raya, min akan cakap memang best. Tak percaya?

Kalau korang nak tahu, ini antara kelebihan yang boleh dirasai oleh orang yang bekerja sewaktu Hari Raya je tau. Korang memang beruntung!

1. Tak Payah Berebut Parking!

Kalau hari biasa punyalah susah nak jumpa parking kosong tu, kadang-kadang kena pusing sampai 3-4 kali itupun kalau jumpa.

Haaa…Untuk korang yang kena kerja waktu raya ni memang beruntung tau sebab boleh je parked kat mana-mana yang korang suka.

Nak parked sampai 2-3 petak sekaligus pun tak ada siapa nak marah. Silap-silap parking bos pun korang boleh guna sebab dia tengah cuti raya.

Tak payah nak gerak awal-awal!

2. Jalan Raya Tak Sesak!

Selama ni kalau kita nak pergi kerja mesti kena keluar dari rumah awal sebab nak elak jem betul tak?

Ini lah masanya untuk korang keluar lambat kalau nak pergi kerja sebab jalan memang lengang ala-ala pekan zombi!

Korang boleh lah santai-santai nyanyi lagu Air Mata Syawal sambil menangis mengenang tak dapat balik raya tanpa kena judge! Senang cakap jalan raya tu korang yang punya tapi ingat keselamatan harus diutamakan juga tau.

3. Boleh Buat Kerja Dengan Tenang!

Selalu kalau masuk office mesti kena ikut peraturan yang dah ditetapkan macam kalau nak pasang lagu kena slow-slow, tak boleh bercakap kuat-kuat dan sebagainya kan?

Kali ini, office tu korang yang punya! Ini lah masanya korang nak pasang lagu kuat-kuat ataupun menari semua boleh.

Bukan setakat itu je, nak buat kerja pun tenang sebab tak ada siapa yang kacau. Nak lunch break lama-lama pun tak ada siapa yang kisah lah, silap-silap korang sempat tidur lagi.

Tapi sebelum nak tidur kat office tu pastikan korang dah siapkan kerja korang tau!

4. Dapat Makanan Free!

Bagi tahu min siapa je yang tak suka bila dapat makanan free? Korang kena ingat walaupun kena bekerja sewaktu Hari Raya, korang masih lagi boleh rasai mood raya tu tau.

Kadang-kadang bos kita mesti dah siap tempah juadah Hari raya untuk staff nya yang kena bekerja nanti. Kalau korang kena berkerja dengan kawan korang kan min sarankan korang plan lah untuk bawa juadah raya masing-masing tak ada lah rasa sunyi sangat nanti.

Jangan lupa bawa sekali kuih raya lepas tu bancuh pulak Super Coffee fuhh memang ngam soi!

Yang penting ianya percuma!

5. Terselamat Dari Nak Bagi Duit Raya!

Dah namanya Hari Raya mesti lah korang kena bagi duit raya betul tak? Tapi bila korang kena bekerja di Hari Raya, terselamat lah korang dari kena bagi duit raya dekat sanak saudara.

Haaa…Kan selamat tu tak payah bagi duit raya. Boleh lah buat belanja duit tu nanti. Hehehe!

Dengar macam best je, tapi jauh disudut hati mesti korang rasa sedih lah juga sebab tak dapat balik raya kan? Macam yang min cakap raya kan sebulan.

Ini lah lumrah kehidupan bila dah masuk alam pekerjaan. Mana tahu pengorbonan yang korang lakukan ni, mampu memberikan kebahagian kepada orang lain.

Lepas korang dah settle kan semua kerja korang, boleh je terus gerak balik kampung dan beraya bersama yang tersayang.

Takut nak drive jauh-jauh sebab penat lepas baru balik kerja? Jangan risau sebab min ada rahsia untuk korang.

Sekali minum confirm hilang mengantuk yang penting sedap!

Cipta kenangan terindah bersama Super Coffee!

Jom kongsi Super Coffee dengan keluarga di kampung nanti, baru lah seronok macam ni!

Kopi 3 dalam 1 ni bukan saja mudah untuk dibancuh tapi ianya dihasilkan daripada biji kopi yang dipanggang dengan teknik khusus bagi menghasil kopi pracampuran yang memiliki rasa halus, berkrim, lembut dengan aroma istimewa yang korang tak kan dapat daripada kopi-kopi lain.

Memang tak cari lain! Tak hairanlah Super Coffee ni menjadi produk pilihan ramai orang.

Korang boleh cuba macam-macam flavor tau. Ada Super Coffee baru semangat nak beraya betul tak.

https://www.facebook.com/supermalaysia/videos/2454769064696334

Pssttt…Bermula 15 Mac 2023 hingga 30 April 2023 ni, kalau korang beli minuman SUPER™ korang layak untuk menebus Mug Batik limited edition tau. Wow!

Apa yang korang kena lakukan ialah, membuat pembelian mana-mana produk SUPER™ yang berjumlah RM20 atau lebih dalam satu resit je. Semudah ABC!

Terdapat dua corak untuk dipilih tau! Tunggu apa lagi, cepat cepat serbu kedai yang berhampiran korang sekarang sementara stock masih ada. Jangan cakap min tak bagi tahu ya!

Malas nak keluar rumah? Jangan risau korang juga boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi SUPER™ atau ke laman Facebook mereka!

SKIP THIS AD ×